"Hakim?"
"Yup."
"Actually, aku pelik sangat! Kenapa kau pilih aku untuk temankan kau? Tak ada orang lain eh?" Kata Farah setelah selesai mengeluarkan begnya dari bonet kereta.
"Huh? Pelik? Biasa je."
"Bagi kau memanglah biasa. Tapi bagi aku pelik. Yelah, kita kan always bergaduh."
"Kan aku dah cakap sebelum ni, aku tak ada kawan."
"Yang tu confirm kau tipu kan?"
"Eh, betul la."
"Eleh, macam lah aku tak tau yang kau tu hot dekat U. Walaupun perangai kau agak lembut. Tapi still macho. Hehe."
"Macho? Ohh, thanks banyak-banyak. Yelah yelah. Aku berterus terang. Sebenarnya, aku..."
"Aku?"
"Alah, sebenarnya aku tak ada kawan."
"Jawapan sama." Farah masih tidak berpuas hati.
"Ok,sebenarnya aku nak berbaik dengan kau. Dah bosan kot bergaduh ni. Tak tenang hidup. Macam dihantui rasa bersalah. Tapi kita bergaduh tak lah kuat mana pun kan?"
"Alah, kau ni. Tu pun nak bersalah. Kita kan always gaduh manja je. Tapi bagus betul kau ni kan? Hal kecik cam ni pun dah rasa bersalah. Aku tabik lah. Hehe. Tapikan, aku lebih suka kita bergaduh manja daripada berbaik camni, rasa janggal lah. Hehe."
"Hahaha. Kau nak aku cari pasal lagi eh?"
"Boleh je."
"Lepas kau letak beg kat tempat yang sepatutnya kau letak, pergi cari kayu api kat dalam hutan tu."
"What? Kau gila ke apa? Aku sorang?"
"Ehh, aku waras lagi lah. Yelah, kau sorang, dahtu nak pergi dengan sape? Kawan aku yang halimunan tu ramai. Nak suruh diorang temankan?"
"Tak nak lah. Seram doh!"
"Tadi kau yang suruh aku cari pasal kan?" Kata Hakim sambil tergelak kecil.
"Tapi ni bukan caranya. Karang terjumpa harimau ke singa ke, aku yang susah tahu tak. Tak pasal-pasal buat kenduri tahlil kat sini."
"Ok fine. Pasanglah dulu khemah kau tu. Let me help you."
"Wahh, nampak macho." Kata Farah dalan hati. Kalau kuat nanti ada orang perasan kita suka dia pulak. "Oh really? Thanks." Kata Farah. Mereka berdua beriringan masuk ke dalam tapak perkhemahan.
Setelah selesai memasang khemah Farah yang berwarna pink, Oh, lupa nak bagitahu perkara ni 'Farah dan pink berpisah tiada.' Hahaha.Minat sangat warna tu. Mereka berdua memasang khemah untuk Hakim pula. Saling bekerjasama. Kan bagus tu.
~~~~~
'Hoi Ad, sampai hati kau kan?' Adryan membaca pesanan ringkas itu yang diterima daripada sahabatnya iaitu Zizan.
'Oi, bagi la salam dulu. Sampai hati apa?'
'Eh lupa. Assalamualaikum. Kau biarkan aku duduk dengan Awar.' Lantas Adryan memalingkan mukanya ke belakang. Dia melihat muka Zizan ketat menahan marah.
'Waalaikumussalam. Ops, sorry bro. Sape yang suruh kau lewat sangat.'
'At least tolonglah jaga tempat untuk aku. Tersiksa tahu tak duduk kat sini. Awar ni gedik betul. Nak cari tempat lain, tapi semua dah penuh. Sabar je la.'
'Hahaha, nasib kau lah. Btw, maafkan aku. Hilangkan muka ketat kau tu dulu. Aku tak nak tegur kau kalau kau masih dengan muka ketat tu. Bye!'
'Ok ok. Aku senyum dah ni, pandanglah aku.' Adryan memalingkan mukanya ke belakang sekali lagi. Dia melihat Zizan tersenyum. Hmm, nampak sangat senyum paksa. Redha je lah Zizan.
'Ok, bagus.'
Mereka semua sudah hampir sampai ke tempat perkhemahan. Semua peserta mengemas tempat duduk dan bersedia untuk turun dari bas itu. Tak sabar lah tu.
~~~~~
"Ieka, nak tolong saya angkatkan beg awak tak?" Kata Adryan. Sejak bila dia suka ambil berat pasal Ieka ni?
"Tak menyusahkan ke?"
"Eh, tak menyusahkan langsung. Saya punya beg satu je. Tu pun beg galas."
"Kalau awak ikhlas, saya ok je. Hehe"
"Ok."
~~~~~
"Farah, kau jadi penolong aku tau untuk urus semua pasal camping ni."
"Mana aku tau semua ni. Tak pernah lagi uruskan perkhemahan macam ni. Cuba bagi contoh."
"Makan, minum, tempat tidur, aktiviti dan benda-benda yang sewaktu dengannya lah."
"Ohh, hal kecik je tu."
"Ok. Nanti bila bas dah sampai suruh diorang siapkan apa yang patut dulu eh?"
"Ye lah, ye lah. Jangan risau lah. I will do the best ok." Farah mengenyitkan matanya.
"Ok, good girl."
"Hehehe."
Bas sampai tepat pada pukul 11.26 pagi, semua peserta memilih tapak untuk meletakkan khemah masing-masing. Lelaki dengan lelaki. Perempuan dengan perempuan. Bahaya kot kalau letak khemah sekali. Nanti mesti banyak fitnah yang akan berlaku. Asthagfirullahaladzim.
"Hai Farah. Macam mana dengan Hakim?" Atiqah menegur Farah setelah bertentang mata dengannya.
"Dia okey je. Hehe."
"Aik? Okey acanea tu?"
"Okla. Dia baik, baik dan baik." Eh Farah. Puji lebih-lebih nampak.
"Ehem ehem. Kuatnya puji orang tu." Faqihah membetulkan suaranya. Sengaja sebenarnya.
"Eh, saje je lah. Pergilah simpan barang dalam khemah. Tu ha, khemah warna pink tu. Tau kan?" Farah mengubah topik.
"Of course la tau. Favorite colour awak kan tu. Hahaha." Kali ini, Ieka pula yang membuka mulut.
"Hahaha, pergilah sana. Saya nak selesaikan pembahagian kumpulan ni dulu. Jumpa kejap lagi tau."
"Amboi, mentang-mentanglah datang dengan pengerusi, dengan dia sekali jadi pengerusi. Untunglaa. Makesure kita sekumpulan tau? Hehe." Atiqah tersengih. Macam kerang busuk pun ada. Haha.
"Ok, see you soon. Byee!" Mereka bertiga berlalu ke khemah Farah. Sebenarnya khemah tu untuk 3 orang je. Tapi tak apa lah. Takkan nak berpecah pulak. So, tidur je lah walau sempit sekalipun. Asalkan tak buas. Hahaha.
*Bersambung*
YOU ARE READING
Cinta Drastik
Teen FictionFARAH WARDA dan ADRYAN KASHFI, dua orang insan yang saling jatuh cinta pada pandangan pertama. Tetapi disebabkan Adryan yang terlalu mudah untuk jatuh cinta, dia ter'suka' rakan baik Farah sendiri. Tetapi Farah tidak terlalu menonjolkan perasaan cem...