"Farah, apa yang you dah buat ni!" Tempik Awar. Satu restoran dengar, malu dohh. Nasib baik cuma ada 3 keluarga je dekat situ.
"Sorry lah." Tangannya masih ligat mengelap baju Awar.
"Apa sorry sorry. Pergi belah la!" Awar menolak tangan Farah.
"Oh my god. Habis baju baru i ni." Awar mengelap bajunya. Ish, bukannya tak boleh dibasuh. Cerewet betul minah ni.
Farah kaku. Tetapi dalam hatinya bersorak kegembiraan. Ye lah, mesti lah nak cover line. Kenalah buat-buat sedih kononnya. Ramai kot orang yang tengok filem tak berbayar ni.
"Adryan, I nak balik."
"Sorry, kereta i tak terima orang yang berbaju basah macam tu. Pergi balik sendirilah." Padan muka Awar. Seperti biasa, dia menghentakkan kakinya tanda geram dengan sikap Adryan.
"Nampak sangat dia still suka pompuan tuh. Huh." Awar mendengus kasar. Dia berjalan keluar dari restoran itu.
"Yeah, sucsess. See? Best tak plan aku untuk kenakan dia." Hakim membuat muka. Bangga la tu.
"Haha, yeayyy. Tapi malu beb muka aku yang comel ni nak letak mana ni? Ramai orang tengok tadi."
"Dalam tong sampah pun boleh." Apa punya cadanganlah Hakim ni.
"Cis, kuangajo."
"Kahkahkah."
"Dah dah jom makan. Biarkanlah Awar tu dulu. Nanti pandai-pandailah saya ngorat dia balik. Hehe." Pergh mamat ni. Bab-bab mengurat perempuan mesti nombor satu punya.
Setelah makan, mereka berjalan di kawasan restoran. Farah berada di antara Adryan dan Hakim. Dia berasa selamat di situ. Maklumlah, diapit oleh lelaki kacak. Siapa tak suka? Haha, kacak ke?
"Wahhh, kedai pinkkkkkk!" Farah terjerit-jerit sebelum masuk ke dalam kedai itu. Penuh dengan warna pink, favorite tuu.
"Awak belanja saya ni, kau belanja aku ni. Boleh tak, boleh tak?" Farah menyoal Adryan dan Hakim.
"No no no." Mereka berdua berkata serentak. Farah menjongketkan bibir.
"Ei, kedekut. Cam ni lah kawan. Tak pe lah, takpe. Akan ku ingat sampai mati." Kata Farah dengan nada merajuk.
"Alaa, awak marah ke?" Adryan memujuk.
"Tak lah, happy sangat-sangat." Lawannya la tu. Muka pun dah masam bak asam jawa.
"Okey, saya belanja semuanya"
"Yeayy, Adryan baik. Bukan macam kau." Farah menjeling Hakim.
"Suka hati lah. Pandai-pandai je suruh orang belanja."
"Ei, malas aku nak bergaduh dengan kau ni. Pergi balik lah, seibok je."
"Pastu, Kau nak balik dengan sape?"
"Teksi pun boleh."
"Eh tak pe takpe. Saya tumpangkan awak okey?"
"Hehe, tak payah susah-susah." Malas sebenarnya mahu menyusahkan Adryan. Sebab nanti apa pulak kawan-kawan dia kata. Pergi dengan orang lain, balik dengan orang lain. Tak ke dianggap playgirl?
"Farah, aku ambik kau. Aku yang kena hantar kau. Tak eloklah macam ni."
"Okey, aku balik dengan kau." Sebenarnya, dari tadi Farah tunggu pelawaan dari Hakim. Hahaha. Sebab? Sebab tak manis la pergi dengan orang lain balik dengan orang lain. Kan dah cakap tadi. Hehe.
~~~~~
"Hesy, mana Farah ni. Tak reti nak balik lagi ke." Omel Atiqah yang dari tadi hanya berjalan ulang-alik di pintu utama. Tapi grill tutup okey. Kalau ada penjenayah tak ke naya?
"Alah, nanti dia balik lah tu. Don't worrylah." Kata Ieka yang sedang menonton televisyen. Cerita apa lagi? Mesti cerita Isteri Separuh Masa kalau waktu camni. Dia ni memang minat cerita cintan cintun ni. Sama dengan Farah.
"Hesy, risaulah. Lewat sangat dah ni. Lantas dia menutup pintu dan terus duduk di sebelah Ieka.
"Hehe. Takpe takpe, saya kan ada." Ieka membuat muka cute. Atiqah hanya menjelingnya sekilas.
"Ingat comel sangat la tu?" Atiqah menyoal Ieka, tetapi matanya masih fokus terhadap televisyen di hadapannya.
"Saya memang comel ok. Time sekolah menengah dulu, 10 orang lelaki nak kat saya. Tapi semua saya reject." Nah, terlopong mulut Atiqah dibuatnya.
"Hah? Bila masa? Saya tak tau pun. Kita satu sekolah kot. Malah, satu kelas lagi. Kenapa saya tak tau ni." Kelam kabut Atiqah dibuatnya. Pasal bestie sendiri pun tak tau. Dan semestinya dia akan mengorek lagi rahsia ini.
"Awak tak tau sebab......... " Ieka berdalih.
"Sebab?" Atiqah mengangkat keningnya.
"Sebab saya tipu awak. Hahahaha." Bising rumah itu gara-gara dipenuhi gelak tawa Ieka. Tu baru Ieka sorang. Belum campur tiga orang lagi. Kalau campur dengan tiga orang lagi bergegar satu rumah rasanya.
"Cis." Hanya itu perkataan yang keluar dari mulut Atiqah.
"Assalamualaikum." Kedengaran suara seseorang dari luar rumah. Tapi, kenapa suara garau? Mesti lelaki ni. Cepat-cepat Atiqah dan Ieka mengambil tudung lalu membuka pintu. Kelihatan Hakim dengan muka paniknya. Alamak, apa yang dah jadi ni?
"Waalaikumussalam. Weh, kenapa dengan kau ni? Kenapa weh?" Ieka menjegilkan matanya.
"Farah." Kata Hakim dengan riak muka bersalahnya.
"Kenapa dengan Farah?" Kali ini, Atiqah yang menyoal. Muka dia macam hampir-hampir menangis pun ada.
"Dia....... Dia........" Hakim gagap, dia tidak tahu apa yang perlu dikatakan.
"Weh, cakaplah." Ieka memaksa dengan suara yang kuat.
"Dia....." Farah tiba-tiba muncul dari kereta Hakim. Jadi, kedua-dua mereka ketawa terbahak-bahak. Muka Ieka dan Atiqah memang dah tak boleh belah time tu.
"Hesy korang ni. Bikin panik je. Haih. Jantung saya ni rasa cam nak gugur dah aihhh." Ieka memegang bahagian jantungnya. Fuhh, lega.
"Hehehe. Sorry, saya saje je nak main-main. Hehe." Farah menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
"Haha, ok lah guys. Aku balik dulu eh? Bye." Hakim melambaikan tangannya. Ketawanya masih bersisa.
"Ok, bye." Farah, Ieka dan Atiqah berjalan masuk ke dalam rumah.
"Guys, saya nak cerita something kat korang." Farah duduk di atas sofa diantara Ieka dan Atiqah. Faqihah? Tidur dah. Penat katanya.
"Apa?" Kata Atiqah.
"Pasal pagi tadi ke? Sebelum Adryan jumpa awak tu?" Ieka meneka.
"Bukan, ni pasal lain." Farah memandang Ieka dan Atiqah silih berganti.
"Pasal apa pulak."
"Saya nak......" Kali ini Farah pula yang berdalih.
"Nak apa?" Ieka dan Atiqah berkata hampir serentak.
"Saya nak kahwin." Terlopong mulut mereka berdua dibuatnya. Kalau Faqihah ada ni mesti keadaan makin kelam-kabut.
"Seriously? Dengan sape? Hakim?" Tidak henti-henti Ieka memberi soalan.
"Yaa."
"Oh My God." Atiqah menekup mulutnya.
"Tapi..."
"Tapi apa pulak?" Hesy, penuh dengan debaran betullah.
"Tapi, korang kena tipu sekarang ni!! Hahahahaha." Farah ketawa. Hampir terguling-guling dibuatnya. Lucu kot reaksi muka Ieka dan Atiqah.
"Kenapa ramai sangat orang main-main harini? April fool ke apa?" Atiqah tidak berpuas hati. Yelah, dengan Ieka pun dia terkena. Dengan Farah pun terkena, dua kali pulak tu. Hahaha, malang sungguh nasibmu wahai Atiqah.
*Bersambung*
P/s : Vote kalau rasa cerita ni best dan komen kalau cerita ni membosankan. Manalah tau boleh diperbaiki. K, byeeeeeeeee

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Drastik
Fiksi RemajaFARAH WARDA dan ADRYAN KASHFI, dua orang insan yang saling jatuh cinta pada pandangan pertama. Tetapi disebabkan Adryan yang terlalu mudah untuk jatuh cinta, dia ter'suka' rakan baik Farah sendiri. Tetapi Farah tidak terlalu menonjolkan perasaan cem...