"Assalamualaikum , kepada semua peserta sila berkumpul di dewan. Ulang suara, kepada semua peserta sila berkumpul di dewan. Harap maklum." Kedengaran suara pengerusi memberikan pengumuman kepada semua peserta. Tanpa berlengah, semua peserta berkumpul di dewan itu. Kalau lewat nanti kena denda pula. Almaklumlah, siapa tak kenal pengerusi tu.
"Lepasni ambil makanan kat situ ok." Pengerusi menunjukkan ke arah makanan yang disediakan di satu sudut dewan.
"Ok."
"Sekarang saya nak membahagikan kumpulan. Makesure tiada bantahan ok."
"Ya." Kata semua peserta riang. Tiada seorang pun yang membantah. Lagipun Farah yang membahagikan kumpulan. Dia tahu ahli-ahli yang mempunyai geng sendiri dan dia tidak akan memisahkan geng itu. Nanti dia yang kena tempiasnya.
Pengerusi membacakan nama mengikut kumpulan. Nampaknya semua berpuas hati. Ada 7 kumpulan dan 5 ahli bagi setiap kumpulan. Faqihah, Atiqah, Ieka, Adryan, Zizan sekumpulan dan mereka ialah kumpulan kedua.
"Sekarang saya nak bacakan tugas untuk semua kumpulan. Diminta semua peserta mengikut arahan yang diberi."
"Baiklah."
Kumpulan satu, memasak. Kumpulan dua cari kayu api. Kumpulan ketiga membuat air. Kumpulan keempat ............." Hakim membacakan semua tugas untuk semua kumpulan.
"Ok, ambil makanan. Then makan, lepastu semua boleh bergerak melakukan tugas masing-masing!" Arahan diberi. Semua peserta bergerak mengikut kumpulan masing-masing.
Setelah selesai makan, kumpulan dua yang terdiri daripada rakan-rakan Farah mencari kelibat sahabat mereka itu.
"Farah!" Atiqah menegurnya setelah melihat tubuh Farah di hadapannya.
"Yup?"
"Kitorang berlima kena cari kayu api?"
"Yup."
"Dalam hutan tu?"
"Yup. Why?"
"Alaa, malaslah."
"Oh, ada jugak yang membantah rupanya. Kejap saya nak pergi cari Hakim."
"Eh, mana adalah. Kitorang pergi dulu eh. Bye, doakan kitorang selamat pergi dan balik."Padahal waktu makan tadi semua mengeluh tak mahu cari kayu api. Susahlah, penatlah, sakit kakilah, peninglah. Semua alasan diorang bagi. Mereka berlima berlalu masuk ke dalam hutan dengan keadaan yang terpaksa. Tapi semua kena ikut. Hmm, redha je la.
"Haa,tau pun takut dengan pengerusi tu. Hahaha." Kata Farah dalam hati. Pengerusi tu memang garang sikit kalau ada perkhemahan macam ni. Ye lah. Kalau peraturan dilonggarkan nanti mesti banyak masalah yang akan berlaku. Kalau dalam kelab dekat U tu lembut sikit perangai dia. Sikit ke? Hahaha.Farah berlalu dari situ. Nasib baiklah dia terselamat daripada kena buat semua tu. Dia cuma kena urus aktiviti-aktiviti kat situ je.
"Eh,wait. Kenapa Atiqah cakap macam tu tadi? Don't worry lah Atiqah. Allah with us." Farah berkata seolah-olah Atiqah berada di hadapannya. Cakap sorang-sorang. Hahaha.
"Aduh, banyaknya nyamuk."
"Adehh, tersepak dahan la pulak."
"Auch, tajamnya kayu ni."
Macam-macam keluhan yang dilepaskan daripada mulut mereka.
"Haa, jumpa pun kayu api. Kat sini ada banyak. Korang, kutip lah." Adryan memberi arahan.
"Ok." Kata mereka berempat hampir serentak.
"Dah banyak ni. Jomlah balik." Faqihah memberi cadangan.
"Ha'ah la. Jomlah. Penatla." Ieka mengelap peluh.
"Sikit je tu. Ambil la banyak lagi. Kalau macam tu macam mana nak hidupkan unggun api malam ni. Korang nak kena marah ke dengan pengerusi tu?" Pandai-pandai je Adryan bagi arahan.
"Ish, yelah yelah." Ieka dan Faqihah meneruskan pencarian mereka.
15 minit berlalu...
"Ok, dah banyak ni. Jom balik." Adryan selaku ketua kumpulan memberi arahan. Entah siapa la yang lantik. Lantik diri sendiri kot. Hahaha.
"Fuhh, finally. Jom." Mereka semua berlalu pergi dari situ. Setiap seorang membawa kayu api ke tapak perkhemahan.
"Aduh! Auch! Sakitnya." Ieka terdorong ke hadapan. Kakinya tersadung akar pokok besar. Kesemua mereka pergi mendapatkan Ieka.
"Alah, mesti terseliuh ni." Faqihah menyentuh kaki Ieka. Ieka mengangguk tanda bersetuju.
"Pastu macam mana ni? Macam mana nak balik dekat khemah? Tak best lah kalau tak join sekali aktiviti perkhemahan ni." Bertubi-tubi perkataan keluar daripada mulut Ieka.
"Takpe. Biar saya dukung awak." Adryan menawarkan diri.
"Hoi Ad, sedar diri sikit. Kau tu bukan muhrim dia. Apelah kau ni." Zizan membantah.
"Tapi ni kan darurat."
"Tu,kawan-kawan dia kan ada. Biarlah kawan-kawan dia yang papah dia." Zizan memberikan cadangan.
"Korang ok kan?" Faqihah dan Atiqah mengangguk. Mereka lebih rela memapah Ieka daripada membiarkan Ieka didukung oleh Adryan. Dosa ok. Remember. Dosa!
"Kayu ni macam mana?" Soal Adryan.
"Biarkanlah dulu. Kita longgokkan dulu kat sini. Lepasni kita ambil la. Cari orang lain untuk bantu kita." Kata Zizan. Adryan ni entah pape. Tak boleh diharap. Benda macam tu pun tak boleh fikir. Isk isk isk.
*Bersambung*
YOU ARE READING
Cinta Drastik
Novela JuvenilFARAH WARDA dan ADRYAN KASHFI, dua orang insan yang saling jatuh cinta pada pandangan pertama. Tetapi disebabkan Adryan yang terlalu mudah untuk jatuh cinta, dia ter'suka' rakan baik Farah sendiri. Tetapi Farah tidak terlalu menonjolkan perasaan cem...