Bab 17

6.3K 218 1
                                    

"Farah, awak okey ke?" Soal Faqihah sambil memberikan tuala kepada Farah untuk mengelap mukanya yang masih basah.

"Ok ok. Saya ok. Sikit je ni." Kata Farah sambil baring lalu memejamkan matanya.

"Tak pelah. Awak rehat dulu. Nanti kalau dah ok baru tukar baju eh. Sejuk kalau duduk dengan pakaian basah macam ni." Kata Faqihah sambil baring disebelah Farah. Dia mengambil smartphonenya dan membuka game Clash of clans. Jangan ingat lelaki je hebat main permainan ni. Perempuan pun hebat jugak tau. Nasib baiklah kat tempat perkhemahan ada line internet. Maklumlah, dekat dengan bandar. Kalau tak, menangis tak berlagulah Faqihah sebab tak dapat main permainan video kesukaannya itu.

"Ok." Farah tertidur selama beberapa minit. Kemudian dia terjaga dan ternampak Faqihah bermain permainan video disebelahnya.

"Faqihah." Farah yang sedang baring itu memanggil rakannya.

"Ye saya. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Matanya masih fokus kepada permainan video yang berada dihadapannya.

"Awak ni kalau main game tu mesti tak ingat dunia kan?" Farah tergelak kecil setelah Faqihah tersengih sambil mengggarukan kepalanya yang tidak gatal. "Hehe, as you know me. Peace yoww."

"Saya nak tukar bajulah. Tak selesa." Farah bangun dari pembaringannya. Dia mengambil pakaian di dalam beg yang terletak di hujung khemah.

"Ok, jom. Saya teman." Faqihah menawarkan diri.

"Tak pelah. Awak teruskanlah main game tu. Saya okey je." Kata Farah. Bunyi macam menyindir Faqihah pun ada.

"Amboi, menyindir nampak. Jangan harap saya nak biarkan awak gi sorang-sorang. Pengsan kat dalam tandas tu kang tak pasal pasal."

"Eleh, saya tak sempat lemas pun lah. Panik je. Maklumlah, saya kan tak pandai berenang."

"Arghh, tak payah nak bagi alasan banyak sangat. Cepatlah sikit, demam kang nanti pakai baju basah tu lama-lama."

"Ye lah Mak cik. Kita keluar sekarang ye." Sengaja dia menggunakan perkataan 'Mak Cik' itu. Tulah, siapa suruh suka mengarah orang sangat. Kan dah kena.

"Ceh, Mak cik awak bagi kat saya. Ye lah baby manja oii. Hahaha." Mereka berdua ketawa bersama.

Semasa mereka berdua keluar dari khemah, kelihatan Adryan,Hakim, Atiqah dan Ieka sedang menunggu di luar khemah.

"Farah, are you okey?" Kata Hakim. Mukanya menunjukkan riak risau yang teramat.

"Haha. I'm okey. Kenapa dengan korang ni? Sikit jelah. Tak sempat lemas pun. Tak payah risaulah." Farah akui, memang dia masih berasa lemah lagi pada masa itu. Tetapi disebabkan dia ingin menukar bajunya yang basah, dia menggagahkan dirinya untuk ke tandas.

"Tak payah risau kau kata? Tadi lemah bukan main lagi. Aku tanya pun tak jawab."

"Err, sorry. Hehe." Farah menundukkan pandangannya dan berjalan terus ke tandas. Malas dia mahu menjawab pelbagai soalan yang keluar daripada mulut mereka. Baik cabut lari, tak larat kot nak bercakap banyak-banyak. Mereka berempat menghantarnya dengan pandangan mata.

"So Hakim, macam mana ni? Pukul berapa nak start aktiviti?" Soal Atiqah yang sudah tidak sabar untuk melakukan aktiviti seterusnya.

"Erm, tengok keadaan dululah. Nanti kalau ada apa-apa aku bagi announcment." Hakim berlalu ke khemahnya. Jelas dari riak wajahnya hilang kegembiraan yang ditonjolkan semalam. Adryan juga beredar dari situ. Sungguh, dia rasa bersalah kepada Farah. Kalau bukan disebabkan dia yang mencabar Farah, perkara ini tidak akan berlaku. Arghh, menyesal.

Atiqah dan Ieka saling berpandangan.
"So, kita nak buat apa ni?" Soal Ieka sambil menjongketkan keningnya.

"Tidooooo." Atiqah masuk ke dalam khemah dan terus baring.

Cinta DrastikWhere stories live. Discover now