"Hakim, thanks sesangat sebab bawa aku datang sini, enjoy sangat." Sebenarnya, di sinilah Hakim selalu membawa dirinya tatkala dia stress dan selalu lepak dekat Berjaya Times Square ni bila dah freedorm.
"Haha, it's okey. Kan? Then, lupakan semua masalah pasal Adryan kay?"
"Ermm, biiznillah."
~~~~~
Entah kenapa, suasana pada pagi itu sungguh suram. Mahu pergi ke kuliah juga berasa amat malas. Tapi tiada pilihan lain, dia tetap perlu pergi ke kuliah kerana ujian semester semakin hampir.
"Farah, cepat sikit. Semua dah tunggu kat luar tu." Tempik Faqihah dari luar rumah.
"Ye ye, nak siap dah ni." Balas Farah sambil membelit shawl yang baru dibelinya semalam. Kad pelajar cepat-cepat dia sarungkan ke lehernya setelah siap membelit shawl itu.
"Tu lah, semalam pukul 10.00 baru balik. Kan dah lewat bangun." Kata Atiqah selepas Farah masuk ke dalam keretanya.
"Alah, awal la tu pukul 10, kalau diikutkan hati, saya nak balik pukul 12 tau. Lagipun saya bukan pergi mana-mana pun. Lepak je."
"Hoi, anak dara tak elok tau keluar malam-malam. Eleh, lepak konon. Entah-entah pergi dating dengan mamat bangla mana semalam."
"Ewww, please lah. Not my taste ok. Dah dahlah. Tadi nak cepat sangat. Ni nak marah orang pulak. Jalan lah."
"Ye lah, ye lah. Nak gurau sikit pun tak boleh." Farah hanya mendiamkan diri.
~~~~~
"Perlu ke aku bagitau diorang pasal kejadian semalam? Nanti apa diorang akan kata pasal Adryan pulak." Tidak fokus jadinya memikirkan tentang Adryan. Pelajaran yang di ajar oleh profesor Ahmad di hadapan tidak masuk ke dalam otak. Nampaknya kena belajar semula lah dengan Ieka nanti.
"Korang, sebenarnya saya ada nak cerita something kat korang." Farah membuka mulut setelah mereka semua berkumpul di kafe.
"Apa apa? Cerita lah." Semangat Ieka mahu mendengar cerita yang ingin disampaikan oleh Farah.
"Tapi korang jangan terkejut tau."
"Ok, InShaAllah. Apa? Cepatlah."
"Sebenarnya kelmarin ...." Belum sempat Farah memulakan cerita, Adryan datang kepada mereka untuk meminta izin untuk berjumpa dengan Farah. Farah sudah membuat muka menyampah.
"Guys, sorry ganggu. Aku ada benda nak cakap dengan Farah kejap."
"Ish, orang baru je nak dengar cerita Farah." Ieka mencebik bibir.
"Kejap je. Please."
"Ok, fine. Pergilah."
Sebenarnya, berat hati Farah untuk mengikut Adryan. Tak lain dan tak bukan, mesti nak explain pasal kelmarin. Malas dia mahu mendengar penjelasan Adryan. Menyakitkan hati je.
'Weyh, aku ada dekat pondok dekat dengan kafe ni. Adryan nak explain pasal kelmarin dekat aku. Datang ah sini cepat.' Farah menghantar chat kepada Hakim. Tak nak lah dia je yang dengar penjelasan Adryan, ada Hakim baru syiok. Takut juga kalau tetiba je Awar datang, adalah juga orang yang boleh tolong backup Farah.
"Farah, awak tau kan semua tu cuma lakonan Awar. Awak tau kan. Tolonglah percaya saya. Awak ni macam tak kenal perangai Awar tu, dia tu kan....." Belum sempat Adryan menghabiskan ayatnya, Farah menyampuk.
"Yup saya kenal Awar. Dia dah berubah. Haritu dia datang elok-elok jumpa saya. Saya tak faham lah kenapa awak buat benda tak senonoh tu kat dia."
"Huh, dia jumpa awak? Kenapa? But, seriously okey sumpah, saya tak buat apa-apa pun dekat dia. Sumpah."
"Entahlah, yang saya ingat dia suruh saya kirim salam kat Ieka. Tu je. Lepastu, kenapa awak ada kat rumah dia haritu?"
"Awak, dengar semua penjelasan saya ok?"
"Okey, jelaskanlah cepat." Nasib baiklah hati Farah terbuka untuk mendengarkan penjelasan Adryan. Lagipun dia memang curiga dengan Awar. Macam manalah perempuan tu boleh berubah macam tu je. Tak masuk akal.
"Ehh, kejap kejap." Mujur Hakim cepat sampai, dapatlah juga dia mendengar penjelasan Adryan. Adryan sudah membuat muka pelik.
"Ok, sambung."
"Ei, pandai-pandai je suruh aku sambung. Ni mesti sebab Farah ajak Hakim ni. Hurmm, cerita je lah." Bisik Adryan dalam hatinya.
"Macamni......." Adryan menceritakan segalanya dari A sampai Z. Kusyuk betul Hakim dan Farah mendengar cerita Adryan. Macam-macam perasaan yang boleh digambarkan pada waktu itu. Geram, benci, sedih. Semuanya ada.
"Urmm, aku rasa yang aku boleh fikirkan rancangan untuk menginsafkan perempuan tu." Kata Hakim setelah Adryan habis bercerita. Dia mengangkat keningnya.
"Woww, ni best ni. Sambil-sambil tu kita bolehlah kenakan dia kan?" Farah sudah senyum sampai ke telinga.
"Haha, aku sokong. Then, kita plan sekarang ni eh." Hakim dan Farah hanya mengangguk tanda setuju.
'Weh Farah, kau rasa tak terlalu cepat ke kita percayakan Adryan.' Hakim menghantar chat kepada Farah walaupun Farah berada dihadapannya.
Twitttwittt
Telefon Farah berbunyi menandakan ada chat yang masuk. Dia membaca chat yang dihantar oleh Hakim lalu membalas .....
'Aku kan suka dia, so aku boleh la tengok keikhlasan kata-kata dia tu melalui mata dia. Sweet tak aku?'
'Puih, nak muntah aku. Sweet la sangat. *tangan ke bahu mata ke atas*'
'Hahahahaha. Cer buat benda tu sekarang tangan ke bahu mata ke atas'
'Tak nak ah. Nanti putera idaman kau kat depan ni pelik tengok aku buat macam tu. Hilang ke'macho'an aku.'
'Haha. Ok, bye.'
'K, bye.'
Adryan yang dari tadi memerhatikan Hakim dan Farah menjadi pelik. Dah la sama-sama main phone. Sama-sama senyum pulak tu.
"Hello gais, i ada dekat depan ni korang main phone pulak. Cepatlah buat plan untuk kerjakan minah tu." Mereka berdua cepat-cepat menyimpan telefon.
"Haha, ye ok ok. K, macam ni ............" Hakim merancang starteginya. Tidak sabar rasanya untuk mengenakan Awar sekaligus menginsafkan dia.
*Bersambung*
P/s : Vote kalau rasa cerita ni best dan komen kalau cerita ni membosankan. Manalah tau boleh diperbaiki. Tpi sy rsa cerita ni dah semakin membosankan. Huhu. sokeilah, sy akan try jdikan cerita ni lebih menarik.. K, bye.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Drastik
Novela JuvenilFARAH WARDA dan ADRYAN KASHFI, dua orang insan yang saling jatuh cinta pada pandangan pertama. Tetapi disebabkan Adryan yang terlalu mudah untuk jatuh cinta, dia ter'suka' rakan baik Farah sendiri. Tetapi Farah tidak terlalu menonjolkan perasaan cem...