Bab 6

8.8K 279 0
                                    

"Takut-takut kau tak nak bayar ke. Mana la tahu kan?" Kata lelaki itu. Atiqah menjeling lelaki itu dengan penuh geram.

"Sini phone kau, aku nak save nombor phone kau dalam phone aku." Perlahan-lahan Atiqah menghulurkan telefonnya kepada lelaki itu. Dia merampas telefon Atiqah dengan kasar. Atiqah menjeling lelaki itu sekilas.

"Nah, aku dah save nombor kau." Lelaki itu memberikan telefon Atiqah. Perlahan-lahan Atiqah menyambutnya. Cermin mata yang terselit di baju lelaki itu dipakai kembali. Dia membuka pintu kereta di bahagian pemandu dan terus berlalu pergi. Atiqah memerhati kereta itu berlalu dengan penuh kegeraman yang teramat.

Dia berlalu ke kereta Adryan dan terus masuk ke tempat memandu. Dia memecut laju pergi dari situ. Atiqah memandang Adryan dengan pandangan yang tajam. Habis dia lupa yang sebenarnya dia berhenti mengejut sebab mahu menyuruh Adryan memandu. Tapi dia sendiri yang masuk ke tempat pemandu dan terus memandu. Siapa suruh ?

Adryan tersengih macam kerang busuk setelah melihat Atiqah memandangnya dengan pandangan yang tajam. "Wuishh, lamanya minah ni pandang aku, seram dohh. Macam nak makan aku pun ada." Selepas itu, Adryan memandang Farah"Alamak, minah sorang lagi ni dah kenapa jeling aku semacam." Adryan hanya membuat muka selambanya.

"Bak sini telefon saya ! Cepatlah !" Kata Farah sambil menghulurkan tangannya.

"Eh eh, kejap kejap. Nanti dulu. Saya nak check dulu telefon ni. Mana lah tau ada gambar cantik-cantik dalam ni, boleh la saya ambik." Adryan tersenyum sinis ke arah Farah.

"Arghhh, tak payah nak mengada-mengada." Jerit Farah. Dia mengambil telefonnya di atas Damia. "Fuhh, nasib baik dia letak kat atas damia. Pastu tak sempat nak buka album gambar dalam phone aku ni. Bahaya siot !"

"Alaa, tak payah la ambik lagi phone awak tu. Saya nak tngok please! Boleh laa." Adryan merayu.

"Puihh, jangan harap." Farah tersenyum kemenangan. Adryan mencebik bibir.

"Ok finee, btw Atiqah. Nanti boleh tak hantar Damia dulu, nanti aku tunjuk jalan." Kata Adryan.

"Yelah , yelah. Arghh, menyusahkan" Atiqah mendengus kasar dalam hatinya.

*Rumah abang Adryan*

"Ok,thanks ad sbb belikan dia mainan ni."

"Haha,it's okey kak. Oklah, saya pergi dulu eh?" Adryan berlalu pergi ke keretanya. It's okey konon. Bukan Adryan yang beli. Padahal Farah,puihss puihsss.

*Rumah sewa*

"Thanks eh Adryan sebab sudi bawa kitorang balik. Thanks sangat." Farah senyum.

"Haha,okey. Welcome. Jumpa esok." Adryan membalas senyuman Farah.

"Ok,bye." Farah melambaikan tangan kepada Adryan. Mereka berempat masuk ke dalam rumah setelah kereta Adryan berlalu pergi.

"Eleh,macam la dia yang drive." Atiqah berkata dalam hati. Dia mencebik bibir.

*Keesokan harinya*

"Hai Ad, lepas ni ada perjumpaan kelab kan? Nak tak kita pergi sama-sama." Kata seorang minah gedik yang paling popular kat kampus tu. Erm, macam mana tak popular, cantik kot dia ni. Sebenarnya ramai lelaki suka kat dia. Dia je yang jual mahal. Yang dia nak cuma Adryan, Adryan dan Adryan. Tapi Adryan tak pandang dia pun, bagi Adryan, dia hanya menyukai perempuan yang ayu. Macam siapa? Farah kot. Hahaha.

Adryan hanya memandang sekilas minah gedik itu dan terus berlalu pergi.

"Ish, sabar je lah. Apa lagi cara aku nak dapatkan dia. Dah macam-macam aku buat. Tapi dia buat tak tahu je." Kata minah gedik atau lebih dikenali sebagai Awar. Dia mengambil beg tangannya dan mengajak rakan-rakannya untuk pergi ke dewan kelab ekspidisi yang disertainya.

Adryan terlebih dahulu sampai di dewan kelab ekspidisi. Dia bersama kawannya iaitu Zizan. Kemudian, Farah dan rakan-rakannya tiba di kelab itu.

"Eh, awak buat apa kat sini ?" Soal Farah kebingungan setelah melihat Adryan yang berada disitu.

"Awak tak tahu ke yang saya ni pun ahli kelab ni jugak. Saya lelaki yang paling hensem kat sini pun awak tak nampak? Isk isk isk." Kata Adryan. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya .Perasan betul lah mamat ni. Puji diri sendiri pulak tu.

"Awak kan student baru kat sini, mana lah saya perasan." Farah membuat muka menyampah.

"Ehh wait Ad, bukan aku ke ahli yang paling hensem dalam kelab ni?" Kata Zizan. Dia pun sama macam Adryan. Perasan.

"Adryan, ni bukan lelaki yang kita jumpa kelmarin tu ke?" Soal Atiqah kebingungan.

"Ye, memang dia pun. Nama dia Zizan." Kata Adryan selamba. Atiqah mengangkat keningnya. "Tapi masa kereta berlanggar haritu bukan dia marah-marah kat kau?"

"Ye lah, tu kan hadiah daripada papa dia. Siapa yang tak sayang?" Kata Adryan jujur.

"So korang dah lama kawan? Lepastu duit yang kau bayar ganti rugi tu?" Soal Atiqah. Dia ni pun banyak tanya. Memanglah kena banyak tanya. Orang yang mahukan kepastian memang macam tu.

"Yup,memang dah lama kitorang kawan. Dari sekolah menengah lagi. Kitorang masuk U ni pun sama-sama. Dia dah bagi balik duit tu tadi." Adryan menerangkan dengan bersungguh-sungguh. Ye lah, Atiqah kan garang. Nanti tak pasal-pasal kena bebel.

Atiqah tersenyum sinis. Dia terasa seperti dipermainkan pada waktu itu. Baru sahaja dia mahu membuka mulut, pengerusi kelab ekspidisi itu masuk ke dalam dewan. Selamatlah Adryan dan Zizan daripada kena bebel habis-habisan daripada Atiqah.

"Ad,jangan risau. Nanti aku tolong explain kat dia." Zizan senyum.

"Ok bro"

"Hey you guys. Hehe sorry. Harini ceria sangat. Ok, saya ada pengumuman yang penting ni! Nak tahu tak? Haa,lusa ni kan kelab kita ada anjurkan perkhemahan tau. Sebab tu lah saya happy sangat. Hehe, saya orang first yang daftar tau. Ok, kalau sesiapa yang nak sertai boleh tulis nama dan ambil borang kat sini tau." Pengerusi kelab atau nama sebenarnya Hakim mengenyitkan mata kepada semua yang berada di dewan itu. Memang kalau ada perjumpaan macam ni, dia lah yang selalu over happy.

"Woww, macam best je. Faqihah,Atiqah n Ieka nak join tak?" Ucap Farah yang penuh keterujaan. Masa sekolah menengah, mereka bertiga kecuali Faqihah tidak pernah sertai apa-apa perkhemahan. Mungkin masa di Universiti ni boleh sertai banyak aktiviti. Peluang cerah kot !

*Bersambung*

Cinta DrastikWhere stories live. Discover now