Dia.
Sifatnya dingin, kayu.
Annoying, sangat.
Sebalik sifatnya begitu, dia seorang yang sensitif.Paras rupa yang indah,
Menarik untuk dihadam lama.
Perilaku yang cukup sempurna,
Menarik untuk tertarik dengannya.Jujurnya, aku jatuh cinta.
Aku bahagia.
Aku gembira.
Pabila dekat dengan sosok tubuhnya.Senyuman yang diukir,
Selalu membuat aku berfikir,
Sampai bila senyuman itu bakal hadir?Kerana sebuah rasa,
Rasa yang semua orang ingin rasa.
Rasa cinta,
Kerna rasa ini, aku hilang dia.Berawal dari perkenalan.
Wujud rasa cinta yang ingin dalam percintaan.
Kemudian, lanjut kisah dalam kehilangan.
Dan akhirnya, sekadar kenangan.Jika aku boleh pilih,
Cukup berteman.
Jangan jadikan pasangan.
Sakit bila akhirnya bakal kehilangan.
Sakitnya kerana menjadi kenangan.
Yang tidak mungkin terulang pada masa hadapan..Di hujung cerita,
Aku yang merasa sakit menahan rasa,
Rasa rindu yang tiada simpati,
Kerana yang pergi takkan bersama lagi..Jika kau membaca puisi ini,
Ketahuilah aku sangat mencintai,
Sehingga jika mampu meminta satu hal lagi,
Aku tak ingin rasa ini dalam diriku.Biarlah rasa ini aku pendam,
Dan aku hadam.Cukuplah sekadar berteman,
Jika itu membuatku tidak merasa kehilangan.
Daripada berpasangan,
Yang akhirnya kau dan aku sekadar kenangan.Wahai cinta,
Percayalah.
Setiap masa dan ketika,
Yang acap kali aku cuba,
Adalah membuang rasa cinta.Tapi..
Tidak langsung berganjak pergi.
Kerana kau telah tersemat jauh di lubuk hati..

ANDA SEDANG MEMBACA
Warkah Dariku
PuisiSecebis kata-kata yang membawa maksud mendalam. 'Ku ukir lakaran di hati, karna aku yakin, ia tersemat indah hingga akhir hayat.' Warkah dariku untuk dirimu yang kian menjauh dariku :')