Sahabat.
Ya, setiap insan memerlukan sahabat atau kawan dalam hidup. Paling indah pabila setiap yang kau lakukan, kau lakukan bersama teman baik. Ada kalanya, gaduh. Ada kalanya bahagia. Biasalah, adat dunia.
Tapi, kalau ditakdirkan memang persahabatan itu terlahir sementara dan bukan selamanya, hati haruslah meredhai. Mungkin ada hikmah di sebalik semuanya. Yakin sahaja pada caturan Allah swt.
Tapi sebaliknya juga berlaku. Pabila tidak lagi sehaluan dan tidak sependapat, kau mula buka aib temanmu. Lupakah bahawa dulu dia juga pernah cuba membahagiakan? Kenapa jika dia mulai menjadi musuhmu, kau mulai mencerita buruk tentangnya. Padahal dulu, itu yang kau puja. MasyaAllah...
Andai sahaja masih berteman, apa agaknya yang dia rasa jika kau berbuat sedemikian?
Tiada istilah kawan tikam belakang seandainya 'kawan' itu yang sering mendoakan.
YOU ARE READING
Warkah Dariku
PoésieSecebis kata-kata yang membawa maksud mendalam. 'Ku ukir lakaran di hati, karna aku yakin, ia tersemat indah hingga akhir hayat.' Warkah dariku untuk dirimu yang kian menjauh dariku :')