Hati itu dicipta untuk menempatkan yang tersayang. Tulus atau tidak bergantung pada yang mencintai. Sesekali hati sering menyakiti juga disakiti. Saling 'win-win situation'. Kadang juga hati hanya boneka. Yang mampu kau mainkan jika kau perlu dan kau tinggalkan berdebu bila kau mulai berpaling.
Aku ingin sekali bertanya, hati itu mudah diganti atau senang sekali dicari ganti? Senang sahaja kau beri ia sakit, kemudian kau rawat dan kembali begitu sampailah kau sendiri berasa puas. Tak rasa kecewa atau dilukai?
Atau hatimu sekeras batu? Tapi pada akhirnya, juga terhakis dek air hujan. Ha, kau cumalah seseorang yang tidak berhati. Juga tidak berperasaan.
YOU ARE READING
Warkah Dariku
PoetrySecebis kata-kata yang membawa maksud mendalam. 'Ku ukir lakaran di hati, karna aku yakin, ia tersemat indah hingga akhir hayat.' Warkah dariku untuk dirimu yang kian menjauh dariku :')