Satu.
Kenapa orang lebih memilih menyukai orang yang menyakitinya berkali-kali?
"Sebab dia tahu, rasa cinta yang ada dalam hati tu bukan perkara yang boleh pakai buang macamtu je. Masih ada nilainya walau orang yang dicintai tidak menghargai."
Dua.
Kenapa tika ditinggalkan oleh orang yang dia sayang, dia tak mampu nak pertahankan tapi malah mendiamkan diri?
"Sebab dia tahu, buat apa nak pertahankan kalau orang itu lebih memilih untuk pergi berbanding stay? Mengapa nak paksa orang yang tidak lagi ingin bersama? Biarkan orang itu dengan keputusannya. Bukan dia yang rugi, tapi orang itu yang rugi sebab kehilangannya."
Tiga.
Mengapa tidak semudah yang disangka untuk melupakan orang yang kita sayang?
"Sebab bukan sehari dua dia letakkan nama orang itu dalam hatinya. Meskipun baru berapa bulan, tapi hatinya telah sebati dengan nama yang cukup mampu membahagiakannya walau hanya sementara. Dan bukan mudah untuk membuang dan menggantikan dengan yang lain. Mungkin dia cuba, tapi hatinya masih ingin nama itu tetap ada di situ."

ANDA SEDANG MEMBACA
Warkah Dariku
PoetrySecebis kata-kata yang membawa maksud mendalam. 'Ku ukir lakaran di hati, karna aku yakin, ia tersemat indah hingga akhir hayat.' Warkah dariku untuk dirimu yang kian menjauh dariku :')