11 ✨

54 6 0
                                        

Kadang Allah hadirkan sebuah pemergian bukan untuk melihat hambaNya bersedih. Tapi untuk menguji, sebesar mana imannya, dan juga sebesar mana kesabarannya. Allah tak kejam, juga Allah tak zalim.

Kalau Allah zalim, kenapa Allah hadirkan kebahagiaan di akhir kedukaan? Ertinya, Allah hanya ingin menguji. Di manakah iman kau untukNya tika ini? Mampukah kau bersabar dengan setiap yang Allah timpakan? Atau kau sekadar mampu merengus geram dan kembali menyalahkan takdir.

Duhai kekasihku, andai kau tahu, kau amat beruntung, kerana disaat kau sedang bahagia, teramat bahagia, Allah datang hadirkan kedukaan kerana Allah cemburu dengan kebahagiaan kau. Allah juga ingin dicintai sepertinya. Allah tak mahu tempatNya diganti. Malah Allah mahu yang lagi tinggi.

Sedarkah kau? Cinta Allah itu Maha Agung. Andai kau beri keimanan, Allah beri kau redha, juga rahmatNya. Malah Allah beri ganjaran syurga. Tapi nanti, bukan sekarang.

Tak cukup ke?

Percayalah, saat ini, orang yang kau cinta, ada disisi Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Hanya yang terpilih sahaja, mampu ke sisiNya.

Warkah DarikuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang