93✨

6 0 0
                                        

Suka, selesa, gembira, bahagia,
Rasa itu hadir bila kau di sisiku,
Setiap masa dan selalu,
Sehingga aku buntu,
Adakah aku sudah jatuh cinta atau sekadar mimpiku?

Jujurnya,
Aku rasa tenang,
Aku rasa selamat,
Tiada langsung debaran di dada,
Saat engkau di depan mata,
Malah bibirku mengukir senyuman gembira,
Tanda kau punca kubahagia.

Hati ini sentiasa ingin meluah rasa,
Minda ini ingin sekali kau tahu aku cinta,
Tapi, perilaku tidak ingin membocor rahsia.

Pura-pura,
Dan bila kau tanya,
Aku mengalih mata,
Mencuba mencari idea,
Lantas aku mengautakan fakta.

Percayalah,
Tika masa itu tiba,
Kau adalah manusia yang paling aku tunggu untuk aku cerita,
Semuanya.

Cuma tika ini,
Aku takut akan kehilangan,
Jika nanti engkau tahu,
Kau bakal mengangkat kaki pergi,
Jauh dari diri ini,
Hanya kerana sebuah rasa yang aku beri.

Warkah DarikuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang