Melepaskannya pergi,
Tanpa berharap akan kembali,
Biarkan dia mati,
Bukan di dunia cuma di hati,
Kekalkan kenangan di sanubari,
Usah dendam mahupun benci,
Hanya kerana dulunya pernah disakiti,
Kerana masih ada yang sudi,
Menerima seikhlas hati,
Teruskan kehidupan hanya untuk Ilahi.
Kadang kala, kenangan itu lebih bahagia andai orang yang bersama telah berubah. Kekalkanlah kenangan walau nanti tidak lagi sehaluan. :))
ANDA SEDANG MEMBACA
Warkah Dariku
PoetrySecebis kata-kata yang membawa maksud mendalam. 'Ku ukir lakaran di hati, karna aku yakin, ia tersemat indah hingga akhir hayat.' Warkah dariku untuk dirimu yang kian menjauh dariku :')
