36✨

21 2 0
                                        

Tawar hati is real.

Ada satu ketika dulu, aku kisah dengan apa yang kau lakukan. Aku tidak keruan pabila kau tidak lagi menyapa. Aku risau, dan paling mudah, aku cepat rindu.

Tapi, bila kau dah membiasakan aku dengan situasi seperti itu, aku mula mengikut aliran yang kau ajari. Nampak agak sesak di dada, tapi hujungnya aku dah mula redha. Lama kelamaan, rasa sayang yang dahulunya aku puja kini dah lenyap. Rasa rindu itu juga sudah tidak lagi berkeliaran di minda. Langsung tidak menyapa.

Andai sahaja kau muncul, ya muncul sahaja. Andai sahaja kau menyapa, ya sapa sahaja. Aku tidak lagi peduli sama ada kau ingin menyapa atau tidak.

Kerana, aku dah mula tawar hati. Dan rasa itu, tidak lagi memaksaku untuk mengharapkan sesuatu darimu.

The most important thing, sebabkan rasa itu perhubungan yang kita bina, aku berjaya tamatkan kerana rasa itu.

Warkah DarikuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang