Andai hati ini mampu menghadam erti padam, pasti nama kau telah kuhapus jauh-jauh. Namun, hati ini masih belajar dan juga masih menghadap erti simpan dan memilih untuk dibiarkan kekal. Bukan sementara, tapi selama yang mana aku mampu bertahan.
Tak mungkin semudah itu untuk aku hapus. Seminit sahaja boleh jatuh cinta. Juga seminit juga boleh mengatakan sayang. Tapi setahun belum tentu melupakan itu mampu kulakukan.
Hati ini sudah lama memendam rasa hingga pada akhirnya, beban yang kini kugalas tak terluah jua. Kepenatan yang aku rasakan tidak setanding kelelahan hatiku yang kian rapuh dimamah perasaan yang kian menebal.
Hujungnya, mampukah bahagia itu menjadi milik aku? Mampukah aku tersenyum bahagia dengan segala apa yang ku lakukan? Atau namamu juga menjadi igauan mimpiku.

ANDA SEDANG MEMBACA
Warkah Dariku
PoesiaSecebis kata-kata yang membawa maksud mendalam. 'Ku ukir lakaran di hati, karna aku yakin, ia tersemat indah hingga akhir hayat.' Warkah dariku untuk dirimu yang kian menjauh dariku :')