Manusia,
Kau tidak akan tahu siapa dia,
Jika kau tidak mulai mengenalnya,
Dan kau tidak akan tahu apa yang akan dilakukannya,
Kerana kau tidak dapat membaca hati manusia,
Kadang manusia pintar sekali berlakon,
Sehingga kau tertipu dengannya.Manusia,
Juga ada pasang surutnya,
Bila tiba waktu,
Dia berubah dan pergi meninggalkan,
Kau sendiri tanpa teman,
Menangis tapi siapa peduli?
Tiada..Kau cuma manusia yang bodoh.
Kerana mempercayai bahawa manusia akan setia dan tidak akan meninggalkan kerana janji yang pernah dia tabur.Kau juga lupa.
Kalau Tuhan yang menciptakannya pun dia boleh lupa, inikan kau, manusia yang sama sepertinya.
Jadi,
Berpijaklah di bumi yang nyata kerana dunia ini hanya persinggahan yang sungguh penuh dengan kepura-puraan.
![](https://img.wattpad.com/cover/196902679-288-k426690.jpg)
YOU ARE READING
Warkah Dariku
PoesíaSecebis kata-kata yang membawa maksud mendalam. 'Ku ukir lakaran di hati, karna aku yakin, ia tersemat indah hingga akhir hayat.' Warkah dariku untuk dirimu yang kian menjauh dariku :')