Happy Teacher's Day ❤
Diri ini tidak akan sepintar sekarang ini jika tanpa guru.
Diri ini tidak akan seadab sekarang ini jika tanpa guru.
Diri ini tidak akan berakhlak sekarang ini jika tanpa guru.
Diri ini tidak akan berilmu sekarang ini jika tanpa guru.
Diri ini tidak akan mengenali baik buruk sekarang ini jika tanpa guru.
Aku tidak punya apa-apa jika aku tidak belajar daripada seorang guru.
Guru itu, bukanlah yang berada di sekolah sahaja. 'Guru' yang berada di rumah juga dikenali sebagai guru. 'Guru' yang berada di kolej, universiti juga dikenali sebagai guru. 'Guru' yang sentiasa duduk di samping kita di dalam kelas juga dikenali sebagai guru. Sesiapa sahaja yang mengajar kita untuk menjadi lebih baik dan berguna adalah guru. Seorang guru yang tidak akan pernah diluput oleh minda.
Siapa kita tanpa mereka?
Siapa kita jika tidak mempelajari ilmu?
Biarpun sekadar mempelajari A, B, C atau alif, ba, ta. Itu juga tetap ilmu.
Jadi, gunakanlah sekadar 5minit sahaja untuk mengukir, dan mengungkap terimakasih walau tiada apa-apa untuk disertakan. Cukup dua patah perkataan dan mereka pasti akan menghargai sepanjang hayat.

ANDA SEDANG MEMBACA
Warkah Dariku
PoetrySecebis kata-kata yang membawa maksud mendalam. 'Ku ukir lakaran di hati, karna aku yakin, ia tersemat indah hingga akhir hayat.' Warkah dariku untuk dirimu yang kian menjauh dariku :')