Bait-bait puisi untuk yang istimewa..
Sebaris kata untuk dia.
Memberi seribu rasa untuk bahagia.
Tanpa dia, hidup terasa tidak terlalu sempurna.
Mungkin kerana terlalu dalamnya sebuah rasa?
Atau terlalu takut dia berpaling muka?Cukup dia untukku.
Terlalu dalam memahami setiap bait emosiku,
Terlalu pantas memikul beban yang aku galas tiap hari sendiri,
Terlalu baik membazir waktu untuk secebis diri yang tiada apa-apa,
Tapi dia tidak pernah berkeluh kesah berkata aku penat denganmu.Sayangnya aku pada dia, tiada kata yang mampu ku ungkap.
Tiada harta yang mampu ku sembah.
Tiada berlian yang mampu ku hadiahkan.
Tapi, cukup namanya menghiasi di setiap kali aku bersama Tuhan.
Cukup perilakuku menunjukkan bahawa aku terlalu sayangkan dia.
Terimakasih duhai sayang, kerana teguh di sini.
Menemaniku :)-qy

ANDA SEDANG MEMBACA
Warkah Dariku
PoetrySecebis kata-kata yang membawa maksud mendalam. 'Ku ukir lakaran di hati, karna aku yakin, ia tersemat indah hingga akhir hayat.' Warkah dariku untuk dirimu yang kian menjauh dariku :')