Dalam ukiran senyumanmu, aku tahu kau bahagia. Dalam hilaian tawamu, aku tahu kau gembira. Dalam rentak langkahmu, aku tahu kau teruja. Dalam ekoran pandanganmu, aku tahu kau sangat-sangat bahagia. Kau lebih bahagia kalau tiada aku bersama. Iya?
Berada di samping kau itu kemahuanku, bukan kemahuanmu.
Berada dekat dengan kau itu kemahuanku, bukan kemahuanmu.
Berada sentiasa dengan kau itu kemahuanku, bukan kemahuanmu.
Melihat kau bahagia itu adalah salah satu impianku. Tapi, ada lagi impianku yang lebih besar daripada itu.
Iaitu, kau bahagia kerana aku puncanya.
Tapi, tidak.
Semuanya berubah.
Hanya kerana kau temui yang baru.
YOU ARE READING
Warkah Dariku
PoesiaSecebis kata-kata yang membawa maksud mendalam. 'Ku ukir lakaran di hati, karna aku yakin, ia tersemat indah hingga akhir hayat.' Warkah dariku untuk dirimu yang kian menjauh dariku :')