Ayah,
Seorang insan yang sentiasa beri bahagia,
Dari lahir sehingga ku sudah tumbuh dewasa,
Sudah pandai membaca,
Malah pandai tentang apa itu dunia.Bibirnya sentiasa melakar senyuman indah,
Agar anaknya sedar tiada apa yang susah,
Jika kita selalu mengingati ayah.Ayah,
Jangan pernah pergi,
Jika sudah sampai hari,
Aku takut jika aku tak mampu kawal diri,
Kerana seluruh nyawaku kau tinggal pergi.Ayah,
Maafkan saya,
Jika belum mampu menjadi yang begitu sempurna,
Untuk sentiasa melahirkan bahagia,
Malah kadang memberi duka.Sayangku padamu ayah,
Melebihi batas perginya bulan dan matahari,
Melebihi embun pagi,
Melebihi dunia dan seisi,
Kerana tanpa kau dan ibu di sisi,
Mampukah aku menjalani hari?

ANDA SEDANG MEMBACA
Warkah Dariku
PoesiaSecebis kata-kata yang membawa maksud mendalam. 'Ku ukir lakaran di hati, karna aku yakin, ia tersemat indah hingga akhir hayat.' Warkah dariku untuk dirimu yang kian menjauh dariku :')