Getaran jiwa kian dirasai,
Saat kau kembali memberi harapan,
Tersenyum aku ketika kau di sini,
Walau aku tahu sekadar permainan hati,
Namun aku gembira,
Kerana masih wujud hati yang mencintai.
Kembali kau ke sini,
Bukan untuk mencintai,
Tapi memilih untuk menyakiti,
Kerana aku hanyalah boneka,
Yang patut kau permainkan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Warkah Dariku
PoetrySecebis kata-kata yang membawa maksud mendalam. 'Ku ukir lakaran di hati, karna aku yakin, ia tersemat indah hingga akhir hayat.' Warkah dariku untuk dirimu yang kian menjauh dariku :')
