Tak perlu berharap atau mengharapkan sesuatu. Kita tak mungkin akan tahu sama ada harapan itu menjadi kenyataan atau hanya sekadar ilusi minda sahaja.
Ada kalanya, harapanlah yang menyakitkan dan membuatkan hati berada di luar kawalan. Hati kian terluka dek harapan yang dicipta oleh minda seseorang.
Manakan tidaknya jika kita mengharapkan sesuatu hal pada orang yang tidak kita ketahui isi hatinya. Sama ada ikhlas atau sekadar pelempiasan bosan sahaja?
Jadi,
Berhenti berharap agar hati tidak terluka dan tidak mudah disakiti.
Kerana,
Harapan hanya akan jadi harapan jika orang yang diharapkan tidak merealisasikannya menjadi impian.
Cukup berharap kerana hanya akan memberi luka yang paling dalam.
ANDA SEDANG MEMBACA
Warkah Dariku
PoetrySecebis kata-kata yang membawa maksud mendalam. 'Ku ukir lakaran di hati, karna aku yakin, ia tersemat indah hingga akhir hayat.' Warkah dariku untuk dirimu yang kian menjauh dariku :')
