24✨

27 5 0
                                    

Kenangan.

Jika kau tanya apa erti kenangan bagi aku, aku akan jawab kenangan itu satu memori yang takkan pernah luput di ingatan melainkan kau mengalami amnesia atau kau pergi di dunia ini.

Sejauh mana kau cuba lari dari kenangan, dia tetap akan mengejar kau kerana kenangan terletak di hati dan juga minda. Sejauh mana kau cuba lari, dia masih setia di hati kau.

Kenangan juga mengajar kau erti mengingati walau di hati makin membenci. Memori yang pernah kau cipta, dan mustahil kau mampu padam.

Cuma, bila orang tanya masihkah kau ingat? Dan jawapan kau adalah palsu kerana kau menidakkan kata hati. Sampai bila? Sedangkan hati kau melonjak-lonjak untuk mengatakan sampai kini, kenangan itu masih berlegar di minda.

Dan.. yang paling sedih..

Kau cuma mampu mengulangnya di minda tapi.. hakikatnya semua itu tak mampu kau ulang kembali kerana orang yang dulunya mencipta memori itu bersama kini telah jauh meninggalkan kau sendiri, sepi di sini.

Sampai bila..?

"Sampai bila-bila. Sebab aku tahu, cuma aku yang mengingati, dan dia telah jauh membenci."

-hati yang kian terluka.

Warkah DarikuWhere stories live. Discover now