Langkah demi langkah,
Cuba ku atur,
Sesekali aku menoleh,
Masa lalu yang dulunya hitam,
Tapi kini langkah perlu diorak ke hadapan,
Ke destinasi yang aku sendiri pasti,
Tanpa berbolak balik hati,
Kerana aku yakin,
Pada yang usaha,
Pada yang tekad,
Akan hadir segenap cahaya,
Menyinari hidup ini,
Bukan matahari mahupun bulan,
Tapi...
Cahaya sinar yang terbit di bibir ibu ayah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Warkah Dariku
PoetrySecebis kata-kata yang membawa maksud mendalam. 'Ku ukir lakaran di hati, karna aku yakin, ia tersemat indah hingga akhir hayat.' Warkah dariku untuk dirimu yang kian menjauh dariku :')