7 ✨

101 12 0
                                        

Teruskan bangkit walau dihina, teruskan berjuang walau dikeji, kerana kepayahan yang kita lalui hanya menjadi igauan dan pembakar semangat kita dan bukannya orang lain mengerti malah tidak akan pernah memahami.

Cukup mendengar dan tersenyum dengan apa yang telah diperkatakan, usah peduli dan melangkahlah sejauh mana yang kau mampu kerana pada akhirnya kau akan dapat apa yang kau inginkan.

Percayalah di setiap satu usaha kau, pasti pintu kemenangan terbuka luas tanpa ada lagi yang menyekat sperti dahulu. Bangkitlah demi hati yang kian terluka teruk.

Warkah DarikuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang