64✨

12 0 0
                                        

Menerima seseorang itu hendaklah disertakan dengan keikhlasan agar satu hari yang mendatang, kau tidak akan meragukannya lagi. Dan kau juga tidak lagi mengatakan bahawa sayangnya itu adalah palsu.

Apa kau tahu apa yang dia cuba lakukan untuk membahagiakan kau?

Apa kau selalu ada dengannya seperti mana bila kau memerlukannya?

Apa kau akan selalu menyayanginya walau nanti beribu kebencian yang ralit muncul di hati?

Apa kau akan setia meletakkan namanya di hati seperti mana dia setia melakukan perkara yang sama?

Kau juga tidak tahu, apa yang akan kau lakukan nanti, kan?

Jadi,

Jangan senang-senang kau mempertikaikan sayang seseorang. Kau pun tak pernah tahu,, seberapa sukarnya dia untuk cuba membuka hatinya untuk menempatkan nama kau di situ.

Juga, jangan senang-senang mengatakan di sebalik kasih dan sayang itu, terselit sebuah erti 'mempergunakan'.

Kau taktahu, apa niat dia.

Dan, jangan sebegitu mudah kau mengatakan itu semua, hanya untuk menambah luka, agar lebih dalam.

...sehingga tak mampu untuk diubati lagi.

Warkah DarikuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang