Jangan pernah menghalang sesiapa sahaja yang berniat untuk pergi. Juga jangan pernah memaksa sesiapa sahaja yang tidak lagi ingin di sini.
Pabila dia sudah berniat untuk pergi, maka maknanya hatinya juga tidak ingin lagi berada di sisimu. Jadi, benarkan dia pergi kalau itu yang dia mahu.
Senyum.
Jangan bersedih atas pemergiannya kerana bukan kau yang kehilangan dia. Tapi dia yang kehilangan kau. Dia hilang orang yang benar-benar menyayangi dia dan dia hilang orang yang tidak sanggup kehilangannya.
Tapi, dia mengabaikan semua itu dan berlalu pergi tanpa memikirkan risikonya. Pabila dia mulai menganjak pergi, maka ikhlaskanlah dan jangan lagi menaruh harapan.
Kerana dia tidak layak untuk orang seperti kamu dan biarkan dia kehilangan kamu, bahkan buat selamanya.
Masih ada lagi yang sudi bersama dengan kau. Kau cuma hilang seorang dan masih ada yang beratur untuk dirimu, sayang.
Senyum dan bangkitlah demi yang tersayang :)

ANDA SEDANG MEMBACA
Warkah Dariku
PoetrySecebis kata-kata yang membawa maksud mendalam. 'Ku ukir lakaran di hati, karna aku yakin, ia tersemat indah hingga akhir hayat.' Warkah dariku untuk dirimu yang kian menjauh dariku :')