Jangan menjadikan rasa sayang itu tampak murah di mata orang. Tika mana kau menghamparkan sayang tapi kau tidak memaksudkannya. Mengapa?
Andai sahaja hatimu tidak lagi menyayangi dan mencintai, mengapa perlu berbohong bahawa kau mencintai? Hanya kerana kau ingin menjaga hati?
Sudahlah. Sedarlah, cara yang kau buat tu membuatkan dia berharap. Dan pada masa yang sama, dia mulai belajar menyayangi dan pabila pembohongan mulai terungkap, dia mula patah hati.
Dan pabila dia mulai menyalahi kau, kau mula membawa diri dan meninggalkan sendiri tanpa sebarang penjelasan.
Hanya kerana 'i love you' yang mudah kau beri, tapi kau tidak memaksudkannya sama sekali.
YOU ARE READING
Warkah Dariku
PoetrySecebis kata-kata yang membawa maksud mendalam. 'Ku ukir lakaran di hati, karna aku yakin, ia tersemat indah hingga akhir hayat.' Warkah dariku untuk dirimu yang kian menjauh dariku :')