Aku tak pernah minta untuk ditinggalkan. Aku juga tak pernah minta untuk rasa kehilangan. Aku tak pernah minta untuk dibenci. Aku tak pernah minta untuk dilupakan. Tapi, semua tu lumrah kehidupan dan aku akur dengan aturan takdir untuk aku.
Kau pergi.
Kau hilang.
Kau benci.
Kau lupa.Dan segala janji yang pernah kau tabur dulu hanya omongan kosong yang pada akhirnya kau langsung tidak tepati. Berkali-kali aku cuba pujuk hati yang kau kini lebih bahagia tanpa aku, dan akhirnya aku menangis sendiri.
Sepi. Tapi aku tahu, aku tak mampu nak lakukan apa-apa kerana keputusan yang kau buat adalah hak kau dan aku, tak mampu nak halang. Aku pujuk hati aku untuk menganjak pergi dari masa lalu tapi rasa rindu hadir di segenap ruang hati aku yang paling dalam dan aku benci rasa itu.
Seandainya..
Seandainya aku mampu menghalang kau daripada pergi, aku akan lakukan. Tapi, untuk apa? Sedangkan kau sendiri yang memilih untuk tinggalkan aku sendiri.
Aku cuma ingin kebahagiaan menjadi milik aku. Tapi tidak. Ia berpihak kepada kau sahaja dan aku akur.
![](https://img.wattpad.com/cover/196902679-288-k426690.jpg)
YOU ARE READING
Warkah Dariku
PoesíaSecebis kata-kata yang membawa maksud mendalam. 'Ku ukir lakaran di hati, karna aku yakin, ia tersemat indah hingga akhir hayat.' Warkah dariku untuk dirimu yang kian menjauh dariku :')