Aisyah membuka zip beg tangannya. Buku yang bertajuk ‘Aisyah binti Abu Bakar’ itu dikeluarkan dan diusap perlahan. Ummi telah berikan buku ini kepadanya sebelum bertolak ke rumah mama. Kata-kata Hajah Mardhiah terngiang-ngiang di telinganya.
“Aisyah, nah ambil ini,” ujar Hajah Mardhiah sambil menghulurkan senaskhah buku. Kening kanan dan kiri Aisyah hampir bercantum.
“Untuk apa ummi?” Huluran bersambut. Tajuk hadapan buku itu tampak menarik kerana sama dengan namanya. Wanita itu tersenyum sebelum berkata.
“Saja je ummi kasi. Kalau free, Aisyah bacalah. Biar hati tu setegar dan sekuat Sayidatina Aisyah. Ummi faham, kahwin paksa ni banyak cabarannya. Sebab tu, ummi nak Aisyah baca buku ni bila rasa *futur, rasa sedih. Biar jadi semangat untuk Aisyah.” Aisyah tersenyum.
“Sebab dulu, masa ummi kahwin dengan walid pun, arwah tok mak Aisyah bagi buku tajuk dia ‘Ainul Mardhiah’. Sama dengan nama ummi. Sebab tu, ummi kuat kerana Allah. Dan kerana Allah, rumah tangga ni masih bertahan.”Senyuman Aisyah melebar lantas memeluk ummi erat.Sebak. Terharu.Ummi memang nampak apa yang Aisyah rasa.
“*Syukran kathiran ummi. *Uhibbuki fillah,.” Hajah Mardhiah mengangguk sambil mengusap belakang Aisyah. Faham, bahawa anaknya itu terseksa perasaannya, persis apa yang pernah dia rasa suatu ketika dahulu.
Buku itu dipeluk erat. Aisyah sayang ummi! Tak sangka sebenarnya bahawa umminya lebih dapat menebak perasaanya berbanding akhi Usman yang hanya tersenyum tanpa kata semasa dia ingin bertolak tadi. Wanita bergelar ibu yang telah melahirkannya itulah yang dapat menebak isi hati ini. Dia memandang buku itu. Hmm… nampaknya buku ini mesti dikhatamkan!
Bunyi pintu dibuka tiba-tiba membuatkan tangan Aisyah laju meletakkan buku itu ke dalam begnya semula. Kepala yang tidak gatal Dia berpura-pura mengemas begnya yang penuh dengan pakaian dan barang-barang yang masih tidak pasti mahu diletak di rak mana. Takut menganggu privasi lelaki itu pula. Maklumlah, orang dah tak rela kan nak berkongi hidup kan. Sebak bertandang lagi.
Adam memerhati wanita yang kelihatan terpinga-pinga itu. Oh, ni mesti kes tak tahu nak letak barang kat mana. Adui, seminggu je pun, barang dah banyak sampai dua luggage. Dia mengeluh sebelum bergerak ke almari pakaiannya dan mengosongkan bahagian kiri.
“Nah, letaklah barang-barang kau kat sini,” kata Adam. Aisyah tersentak. Fuh, nasib baik prihatin.
“Tapi, barang lain jangan usik ya. Dan kalau tak muat kau biar je dalam beg kau tu dulu. Lagipun kita duduk sini seminggu je kan?” ujar lelaki itu lagi. Kepala diangguk akur. Perkataan seminggu yang ditekankan itu membuatkan Aisyah sangat mengerti. Ya, dia faham yang Adam memang ingin cepat-cepat berpisah dengannya. Laju Aisyah mengeluarkan pakaiannya dan diletak di ruang kosong itu.
***************
“Mama, papa, Is nak cakap sikit ni,” ujar Adam memecah keheningan sewaktu sedang makan malam. Aisyah hanya memasang telinga, kerana dia tahu apa yang ingin diperkatakan.
“Cakaplah, sayang,” balas Puan Suraya. Anggukan Tengku Imran membuatkan dia menelan air liur sebelum meneruskan kata.
“Is dah cari rumah, untuk Is dengan Mayra. Kami nak pindah cause we need privacy for us. Next week. Mama dengan papa okay tak?” soal Adam, berharap agar mereka setuju.
“Papa faham,” balasnya sambil berdehem mengusik. Adam tak peduli apa yang papanya fikir.
“Alaa, mama baru nak rapat dengan Aisyah. Kamu ni, dengki mama ya?” soal Puan Suraya. Wajahnya sedikit mecuka. Adam memandang Aisyah, meminta bantuan.
YOU ARE READING
Setegar Aisyah Humaira [COMPLETED]
RomanceTengku Adam Iskandar + Siti Aisyah Humaira. Tentang kahwin paksa antara mereka. Cekalnya hati sang isteri melayani suami yang tidak ingin mengakuinya sebagai teman hidup. Si suami pula sibuk menafikan perasaannya. Nak tahu lebih lanjut? Sudi-sudilah...