Aisyah mengalun zikir terapi alunan asal Hafiz Hamidun-Hasbi Rabbi Jallallah itu, penuh syahdu sambil meletak jarum di tepi tudung. Tudung plain biru lebut bermaterialkan koshibo bidang 60 itu beralun lembut mengikut gerak geri gadis itu. Purdahnya dibetulkan sedikit kerana senget di atas hidung. Oh, terlupa sesuatu! Pelembap bibir dicolet sedikit dengan tangannya menyeluk masuk ke dalam purdah hitamnya itu bagi mengelakkan bibir kering. Maklumlah, cuaca Malaysia sekarang ni panas terik. Sarung tangan dipakai elok hingga ke siku dan bahagian awalnya menutupi separa jemarinya. Setelah berpuas hati menilik diri dalam baju kurung warna biru lembut itu, dia mencapai beg tangan dan stokin dari rak baju, lantas keluar dari bilik, menuju ke bawah.
"Assalamualaikum *ummi, *walid," ujar Aisyah lantas melabuhkan punggung di sofa di ruang tamu. Haji Shahrum serta Hajah Mardhiah tersenyum memandang puteri mereka itu.
"Waalaikummussalam," ujar mereka serentak.
"Mana *akhi?" soal Aisyah sambil menyarung stoking berwarna hitam di kaki.
"Usman!" teriak ummi. Aisyah menggeleng. Ummi, ummi.
"Ya! Ya! I'm on my way," kedengaran tapak kaki teruna itu laju menuruni tangga.
"Akhi, akhi hantar Aisyah dekat luar je okay? Nanti Aisyah jalan sendiri," ujar Aisyah lembut. Usman tersenyum.
"Lah, tak apalah. Abang hantar sampai dalam je. Aeon bukan kena bayar pun kalau tak lebih sejam dekat parking tu." Dia mencapai kunci kereta yang tersangkut di dinding. Aisyah tersenyum sambil mengangkat punggung.
"Baguslah tu Aisyah. Lagipun tak elok anak dara jalan sorang-sorang. Anak-anak ummi ni tak nak sarapan dulu ke?" soal Hajah Mardhiah. Haji Shahrum masih ralit dengan Utusan Malaysianya di tangan.
"Tak apalah ummi. Usman dah lambat ni. Nanti Usman sarap dekat kantin staf je," balas Usman, lantas menyalami tangan wanita setengah abad itu.
" I'd my milk and raisin after subuh dan ummi pun tahu Aisyah jarang sarapan kan," ujar Aisyah pula, juga mencium tangan umminya. Setelah menyalami tangan walid, mereka beriringan keluar dari rumah dan menerobos masuk ke dalam kereta Camry berwarna putih milik Usman.
Hajah Mardhiah tersenyum. Haih, sejuk hati aku tengok anak-anak aku ni. Dia melabuhkan punggung di sisi suami.
"Abang, kita kahwinkan Aisyah dulu nak?" soal Hajah Mardhiah. Dahi Haji Shahrum berkerut mendengar soalan itu. Utusan Malaysia diletakkan di atas meja lantas menanggalkan cermin mata.
"Kenapa Mar? Tiba-tiba je," balasnya. Pandangannya menghala tepat ke dalam mata isterinya, meminta jawapan.
"Sebab Mar risaulah. Aisyah tu,dahlah seorang je perempuan dalam keluarga kita. Kalau tak ada orang jaga, Mar rasa risau sangat. Ala lagipun beza Usman dengan Aisyah setahun je kan. Tak apalah kalau Aisyah kita lepaskan dulu," balas Hajah Mardhiah. Dalam diam, Haji Shahrum sudah lama mengakui hal itu.
"Betul juga. Abang pun dah lama fikir macam tu. Beginilah, minggu depan kita ajak Imran sekeluarga datang rumah untuk dinner, sekaligus bincang pasal ni. Okay?" soalnya sambil tersenyum. Hajah mardhiah membalas senyuman itu. Dadanya terasa lega.
"Aiwah."
******************
"Bro! Lama tak jumpa!" ujar pemuda berkemeja kotak-kotak itu. Perempuan berambut perang di sisinya hanya menghadiahkan senyuman manis bersama lesung pipit di pipi. Aiman sekadar menggeleng. Perangai masih tak ubah-ubah dari sekolah menengah lagi. Budaya Islam pun dah dilupakan agaknya dek kawan lama seorang ni, maklumlah sambung belajar di United Kingdom. Bukan nak kata diri sendiri tu alim, Cuma ingat-ingatlah budaya orang Islam.
YOU ARE READING
Setegar Aisyah Humaira [COMPLETED]
RomantizmTengku Adam Iskandar + Siti Aisyah Humaira. Tentang kahwin paksa antara mereka. Cekalnya hati sang isteri melayani suami yang tidak ingin mengakuinya sebagai teman hidup. Si suami pula sibuk menafikan perasaannya. Nak tahu lebih lanjut? Sudi-sudilah...