Helaian seterusnya diselak. Sesekali Aisyah mengusap perutnya jika ada respon dari bayi dalam kandungannya. Tajuk itu dipandang dengan dahi berkerut. Tampak menarik. Bacaan diteruskan.
Peristiwa Hadithul Ifqi (Sayidatina Aisyah difitnah)
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang kepada kamu seorang yang fasik membawa suatu berita maka hendaklah kamu menyelidiknya terlebih dahulu, supaya kamu tidak (terburu-buru) membuat satu tindakan ke atas satu-satu kaum di dalam keadaan jahil, maka kamu menjadi menyesal kerana tindakan yang telah kamu lakukan." ( Al-Hujurat : 6)
Tiada ragu-ragu lagi, jelas, terang lagi bersuluh apa yang Allah telah serukan kepada hambanya, bahawa kita hendaklah selidik terlebih dahulu terhadap sesuatu perkara yang kita baru temui, perolehi, atau ketahui sama ada dari seseorang, majalah, akhbar, serta sebarang media massa lain. Janganlah kita terlalu mempercayai seratus-peratus apa yang kita dengar, lihat, atau baca. Adalah lebih baik sekiranya kita meletakkan lima puluh peratus sahaja kepercayaan kita terhadap khabar itu. Mengapa agaknya Allah menyarankan dan memerintahkan kita supaya selidik dahulu? Salah satunya adalah untuk mengelakkan sebarang berita (yang belum pasti lagi kesahihannya) disebarkan.
Maka, melalui ayat ini, adalah perkaitannya dengan peristiwa Hadithul Ifqi, kisah di mana isteri kesayangan Rasulullah, Sayidatina Aisyah r.a telah difitnah pada waktu itu. Oleh itu, janganlah kita dengan sewenang-wenangnya dengan mudah mempercayai sesuatu tanpa dikaji terlebih dahulu tentangnya. Termasuklah dengan kisah ini, di mana masyarakat pada ketika itu menyebarkan ura-ura tentang Sayidatina Aisyah. Sekalian kelompok masyarakat manusia pada waktu itu telah memandang buruk pada beliau, kesan daripada berita gossip tentangnya dan seorang sahabat Rasulullah bernama Safwan bin Mu'attal. Bayangkanlah bagaimana agaknya Sayidatina Aisyah menghadapi segala macam tohmahan pada waktu tersebut. Dan kesan daripada itu juga telah memberikan sedikit kesan kepada Rasulullah sendiri, di mana telah timbul sedikit keraguan untuk mempercayai isteri baginda sendiri. Sehinggalah pada suatu hari, Allah telah berjaya menyucikan dan membersihkan nama Sayidatina Aisyah dengan turunnya ayat Allah (Surah an-Nur : 11).
Kisahnya bermula. Peristiwa perang Bani Mustaliq atau Muraisi' telah berlaku dalam bulan Sya'aban tahun 5 Hijrah. Riwayat lain pula ada menyebutkan bahawa peperangan Bani Mustaliq itu telah berlaku pada 2 Sya'aban tahun 6 Hijrah. Segala-galanya bermula setelah perang selesai dan ianya terjadi ketika dalam perjalanan pulang ke kota Madinah. Setelah Rasulullah S.A.W. berjaya memadam api permusuhan yang hampir marak dia antara kaum Muhajirin dengan kaum Ansar akibat perselisihan air di telaga kemudian diapi-apikan oleh kaum munafiq, maka Rasulullah S.A.W. segera menggerakkan angkatan tentera Islam ke kota Madinah. Padahal waktu itu sedang tengah hari, terik matahari berdiri di atas kepala. Ini adalah satu langkah yang amat bijak yang diambil oleh Rasulullah S.A.W. Baginda tahu kesan yang buruk akan timbul sekiranya angkatan perang itu tidak bergerak segera.
Rasulullah S.A.W. berjalan bersama-sama para sahabat baginda sehingga mereka benar-benar letih, baru baginda memerintahkan mereka berhenti. Kerana sangat letih itu menyebabkan mereka terus tertidur dengan nyenyaknya. Setelah itu, mereka sedikit demi sedikit melupakan peristiwa itu. Setelah Rasulullah S.A.W. dan askar baginda yang seramai 1000 orang kurang satu orang itu berhenti rehat pada suatu tempat,yang jaraknya kira-kira satu malam perjalanan untuk sampai ke kota Madinah. Ini kerana setelah sampai di situ, para sahabat baginda sudah benar-benar letih. Pada malam yang diterangi bulan itu, Sayidatina Aisyah yang mendapat undian antara isteri-isteri baginda untuk menemani Rasulullah S.A.W. pada ketika itu, telah keluar dari dalam sekedup untanya kerana terasa hendak berhadas kecil. Lalu, tanpa memberitahu sesiapa pun,dia terus keluar dari sekedup untanya dan terus pergi agak jauh.
Setelah selesai, dia kembali lagi ke sekedup untanya. Tetapi setelah hampir sampai, tiba-tiba dia mendapati kalung di lehernya sudah tercicir. Dia perlu mencari segera kalung itu kerana kalung itu bukan kepunyaannya sendiri. Kalung jenis manic yaman itu adalah kepunyaan Asma', iaiatu kakaknya. Dia kembali lagi ke tempat tadi. Lalu terjumpa semula. Maka dengan segera dia kembali lagi ke tempat angkatan berehat itu. Tetapi sudah didapatinya angkatan Islam sudah berangkat. Lengang sahaja di tempat itu. Sampai di sini ada orang yang menyoal, bagaimana begitu berani Sayidatina Aisyah bertindak keluar seorang diri di tempat seperti itu kalau tiada siapa yang menemaninya? Sayidatina Aisyah adalah seorang wanita yang sangat berani. Darah keberanian ayahnya, Sayidina Abu Bakar as-Siddiq mengalir pantas dalam urat-urat badannya. Ini terbukti ketika terjadi peperangan Jamal di antara pasukannya dengan Khalifah Ali bin Abu Talib. Dialah yang memimpin pasukannya.
YOU ARE READING
Setegar Aisyah Humaira [COMPLETED]
RomantizmTengku Adam Iskandar + Siti Aisyah Humaira. Tentang kahwin paksa antara mereka. Cekalnya hati sang isteri melayani suami yang tidak ingin mengakuinya sebagai teman hidup. Si suami pula sibuk menafikan perasaannya. Nak tahu lebih lanjut? Sudi-sudilah...