Bab 9

16.3K 718 9
                                    

Aisyah melepaskan lelah di sofa itu setelah mengunci pintu rumah untuk langkah keselamatan. Tudung dan purdah dicabut. Ikatan rambut yang agak serabai dikemaskan. Fuh, penat jugak jalan kaki dari PASTI ke rumah. Mungkin baru pertama kali. Jauhnya lebih kurang sekali pusing padang bola sepak. Panas terik cuaca membuatkan langkahnya makin lambat namun bersyukur apabila tiba juga di rumah dengan selamat. Jam di dinding dipandang sekilas. Tepat 2 petang. Punggung diangkat apabila teringat yang solat Zuhur masih belum ditunaikan.

            Setelah selesai solat zohor, dia mengeluarkan baju kotor untuk dibasuh. Bakul di luar bilik Adam dipandang. Eh, kosong? Tak kan tak ada baju yang nak dibasuh kot. Hmm, mungkin ada kat dalam. Tangannya memegang tombol itu namun tiba-tiba akalnya mencegah.

        ‘Ingat pesan suami tu Aisyah, jangan masuk bilik dia, jangan usik barang-barang dia.’ Tangan ditarik semula. Fuh, nasib baik tak bukak lagi.

            Selepas membasuh baju, dia mula mengemas rumah. Dan, setelah hampir satu jam mengemas, punggung dilabuhkan di meja makan. Barulah lega dapat duduk. Fuh, penatnya kalau setiap hari macam ni. Lenguh pinggang. Tapi rasanya rumah ni tak kotor kot sebab tak ada kanak-kanak. Jadi, bolehlah kalau dia kemas dua atau tiga hari sekali. Kanak-kanak. Perut diusap. Bilalah agaknya perut ni akan berisi manusia ya? Ish, awal lagi lah, Aisyah. Senyuman terukir. Lagipun, dia bukan sudi sentuh kau pun. Senyuman terpadam semula. Malas melayan perasaan, jam dipandang lagi. Pukul 4.30 petang. Sebelum solat, dia ingin lihat bahan apa yang ada untuk dimasak.

            Peti ais dibuka, kemudian menarik pintu kecil tempat bahan beku diletakkan. Mengamati bahan-bahan basah sebelum berfikir apa yang ingin dimasak. Ada ayam dengan ikan. Hmm. Pelipis diurut. Ayam masak cili padi pun okay. Sayur? Bahagian bawah pula dipandang. Sayur kailan dengan kangkung. Dan kangkung goreng belacan is the best. Ayam dan sayur itu dikeluarkan dan diletakkan di tepi cabinet. Langkah diatur ke bilik untuk menyembah pencipta terlebih dahulu. Kemudian barulah memasak makanan untuk suami tersayang! Aisyah tergelak sendiri. Harapannya besar agar Adam terpikat dengan masakannya.

************************

Adam menyanyi riang sambil menyikat dan merapikan rambutnya. Minyak wangi Gentleman disembur ke baju. Puas melihat penampilan di cermin, dia mengambil dompet dan handphone di meja solek itu lantas langkah diatur keluar dari bilik itu.

            Aisyah tersentak mendengar bunyi pintu ditutup. Senyum terukir, ingin mengajak suaminya makan sama-sama. Wajah Adam yang sedang mencapai sesuatu di dinding dipandang mesra. Namun, melihatkan pakaian lelaki itu dan mendengar bunyi gugusan kunci yang terayun pada jemari Adam, dia rasa kecewa.

            “Abang, jomlah makan sama. Mayra ada masak ayam…”

            “Tak apa, kau makan jelah. Aku ada dinner dengan Fasha,” potongnya laju. Senyuman Aisyah mati. Dan hati itu terluka lagi.

            “Oh.” Hanya itu yang terucap. Sebak di dada dipendam sendiri. Sampainya hati dia.

            “Hah, lagi satu. Lusa ada reunion sekolah lama aku kat Hotel Delima. Dan diorang nak aku ajak kau. Tapi, aku rasa kau tak payahlah pakai purdah eh? Kalau tudung nak labuh pun, jangan tudung biasa. Nanti aku belikan shawl besar. Sebab aku tak nak kena bahan pulak sebab kahwin dengan perempuan alim macam kau. Faham?” soal Adam. Ego. Tak mahu langsung berlembut dengan isterinya.

            Aisyah tersentak. Tak payah pakai purdah?  Mana boleh! Sebab aku dah memang istiqomah memakainya Lainlah kalau dia masih buka tutup. Tapi, ini perintah suami yang wajib ditaati, lainlah kalau dia suruh melakukan perkara yang melanggar syariat.

Setegar Aisyah Humaira [COMPLETED]Where stories live. Discover now