Bab 17

18.4K 649 25
                                    

Aisyah hanya menyediakan roti sandwich untuk sarapan mereka pada pagi itu. Senyum pahit terukir. Hampir dua minggu mereka jarang bertegur sapa. Adam masih tidak mahu mendengar penjelasannya. Dan dia juga masih terkilan di hati dengan kata-kata Adam yang mengatakan tidak mahu pandang wajahnya pada dua minggu lepas. Namun, teringatkan kerjanya, dia gagahkan diri untuk menempuh cabaran dalam perkahwinan ini. Tanggungjawab tetap tanggungjawab meski Adam tidak mahu menerima hidangan yang telah disediakan.

        Setelah siap semuanya, dia mengatur langkah ke hadapan bilik suaminya itu. Ragu untuk mengetuk. Namun, tiba-tiba pintu itu dibuka dari dalam membuatkan Aisyah  tersentak.

            “Err…abang, Mayra nak ajak… sarapan,” ujar Aisyah gugup. Adam memandangnya untuk beberapa saat lantas terus berlalu ke meja makan tanpa banyak kata. Aisyah membuntuti dari belakang. Okay Aisyah, mood dia tak okay. Sangat K.O.

        Masing-masing melabuhkan punggung. Aisyah laju mencedok mihun tersebut. Air teh dari teko dituang. Doa Adam baca perlahan untuk dirinya sendiri dan terus menyuap makanan. Mukanya masih tidak beriak. Aisyah memandangnya takut-takut. Dia turut menyuap makanan ke mulut selepas membaca doa sendiri. Ini pun dia dah rasa bersyukur sebab Adam masih sudi untuk makan semeja dengannya.

        “Err…abang.” Aisyah tutur ragu. Dia nak sangat jelaskan tentang hal itu, namun dia takut. Go Aisyah go! Benda ni kena settle kalau tak bertambah parah. Adam masih diam. Malas menutur kata. Hatinya masih sakit.

            “Mayra nak abang dengar penjelasan Mayra tentang…” Cawan yang disisip tadi dihempas kuat ke piringnya. Punggung diangkat kasar. Aisyah tersentak. Aduh, Aisyah. Silap timing lah! Gagal lagi! Dia mengetuk kepala sendiri. Ish, apalah kau ni! Keluhan terbit.

            Adam melangkah masuk ke perut kereta. Ayat Aisyah tadi membuatkan darahnya naik semula. Dia beristighfar sendiri apabila menyedari bahawa dia terlampau mengikut emosi. Tempoh hari, dia hampir-hampir menampar pipi gadis itu. Adam, Adam. Cuba dengar penjelasan dia dulu, mana tahu apa yang kau sangka tu salah. Hatinya berbisik sendiri. Wajah diraup kasar.

            “Aku takut…aku takut kalau Aiman betul-betul akan ambil dia dari aku!” jeritnya dalam kereta itu. Ah, stress. Mujur tak ada sesiapa yang dengar.

        Kelihatan gadis itu keluar dari rumah mereka dan mengunci pintu rumah. Hon ditekan membuatkan gadis itu kelihatan tersentak. Aisyah mengucapkan istighfar kerana terlalu terkejut sebelum memandang suaminya yang berada di tempat pemandu. Isyarat dari jari telunjuk Adam menyuruhnya masuk ke dalam kereta itu membuatkan dahinya berkerut pelik namun tetap akur. Pintu itu dibuka dan Aisyah duduk di sebelah Adam. Kereta itu diundur keluar dari perkarangan rumah.

        “Dengar. Mulai hari ini, pergi dan balik, aku hantar. Faham?” soal Adam tegas. Aisyah mengangguk pantas. Kereta itu meluncur laju menuju ke PASTI Ibnu Sina.

        “Faham. In shaa Allah, Mayra tak akan derhaka lagi,” balas Aisyah. Adam mengangguk lega. Bagus pun isteri aku ni.

        “Tadi, kau nak jelaskan hal apa?” soal Adam, cuba menolak ego ke tepi. Dahi Aisyah berkerut. Hmm, baik tak payah cakap, kalau tak ada juga pipi yang berbekas nanti.

        “Taklah, Mayra tak ada cakap…”

        “Cakap je. Cuma jujur dengan aku.” Ya, itu yang dia nak. Kejujuran. Aisyah mengeluh.

        “Mayra cuma nak jelaskan, bahawa Mayra tak ada apa-apa pun dengan dia. Hari tu Mayra terpaksa naik, sebab anak murid Mayra yang juga anak saudara dia tak nak balik rumah kalau Mayra tak tumpang dia balik. Mayra dah minta nak duduk seat belakang tapi, budak tu bertegas nak Mayra duduk depan.” Adam memandangnya sekilas.

Setegar Aisyah Humaira [COMPLETED]Where stories live. Discover now