"Abang, nah air," ujar Aisyah lantas menghulurkan segelas minuman kepada Adam. Adam mengambilnya dan meletakkan ke atas meja. Pinggang Aisyah dipegang dari tepi untuk membantu gadis itu duduk.
"Ish kau ni Mayra. Tak perlu susahkan diri. Aku boleh ambil sendiri. Kau jangan buat kerja berat-berat sangat." Aisyah tergelak, melabuhkan punggung di sisi lelaki itu.
"Abang, Mayra buatkan air je pun. Bukannya berat sangat. Abang tak payahlah risau," balasnya lembut. Dahi Adam berkerut.
"Ish, mana boleh tak risau. Mana tahu kalau terjatuh ke apa ke? Aku sayangkan dia tau," balas Adam mengusap lembut perut Aisyah yang baru kelihatan sedikit. Aisyah mencebik.
"Baby, ada orang tu kan, sayang baby je. Dia tak sayang pun dekat ummi baby," ujar Aisyah berbicara dengan kandungannya. Adam tersengih.
"Haah, papa memang tak sayangkan ummi pun. Sebab ummi tak nak kiss papa," balas Adam, tertawa bahagia. Aisyah tersenyum. Dia mengucup pipi kiri Adam lalu memeluk tubuh itu tanpa rasa segan.
"Okay now, Tengku Adam sayangkan Aisyah Humaira ke tak?" soalnya manja. Adam membalas pelukan.
"Tak." Aisyah merungkai pelukan. Tiba-tiba hatinya sakit. Emosinya jadi bercelaru. Air matanya mula menitis.
"Abang...tak sayangkan Mayra?" soalnya. Adam jadi cemas.
"Syyh, kenapa menangis ni? Aku gurau je, Mayra." Adam menarik Aisyah ke dalam pelukannya semula. Tangisannya semakin kuat. Dia cuba memukul dada itu.
"Abang jahat! Abang tak sayangkan Mayra!" Adam menguatkan pelukannya erat. Dia bingung. Kenapa Aisyah menjadi pelik tiba-tiba?
"Emosi ibu mengandung ni mudah tak stabil. Jadi, sebagai suami, Encik Adam kena sentiasa jaga hati dia supaya dia tak tertekan dan beri kesan buruk pada kandungannya. Apatah lagi untuk fasa awal bagi ibu yang hamil seperti Puan Aisyah ni."
Teringatkan pesanan Dr Zahra semasa pemeriksaan pada minggu lepas, dia mengerti. Emosi Aisyah jadi tak stabil meski dia hanya bergurau tentang hal tadi. Dia merungkaikan pelukan dan memandang jauh dalam mata yang berair itu. Pipi itu dikesat lembut.
"Aku sayangkan kau Mayra, dan baby kita. Syyh, janganlah nangis, tak elok untuk baby tau," balas Adam lembut. Aisyah tersenyum senang.
"Betul? Abang takkan tinggalkan Mayra kan?" soalnya. Adam menggeleng pantas. Meski dia masih keliru.
"Tak, in shaa Allah." Aisyah tersenyum bahagia. Alhamdulillah. Dia mengusap dan memandang perutnya yang sedikit membesar, maklumlah dah cecah dua bulan. Semoga anak ini akan membuka pintu hati Adam untuk menerimanya dan hubungan mereka bertambah mesra.
*******************
Perutnya berkeroncong. Aisyah perlahan-lahan menjatuhkan kakinya dari atas katil. Dengan berhati-hati, dia berdiri dan melangkah keluar dari biliknya. Dia menjenguk bilik sebelah. Pintu yang terbuka itu memudahkan penglihatannya. Eh, kosong? Langkah diorak pula ke ruang tamu. Adam sedang menonton televisyen rupanya. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kalau minta apa yang diinginkan, memang mustahil rasanya dapat kat rumah ni. Aisyah merancang sesuatu.
"Abang..." seru Aisyah. Adam tersentak melihat wajah itu. Dia pantas merapati gadis itu.
"Ya, Mayra nak apa ni? Kenapa tak tidur lagi? Tak baik tau untuk baby," balas Adam. Aisyah tersenyum. Makin hari, terserlah kasih sayang lelaki itu terhadap dirinya.
YOU ARE READING
Setegar Aisyah Humaira [COMPLETED]
RomanceTengku Adam Iskandar + Siti Aisyah Humaira. Tentang kahwin paksa antara mereka. Cekalnya hati sang isteri melayani suami yang tidak ingin mengakuinya sebagai teman hidup. Si suami pula sibuk menafikan perasaannya. Nak tahu lebih lanjut? Sudi-sudilah...