Matanya dijengah-jengah mencari seseorang. Gadis di sebelahnya tersenyum. Faham dengan perasaan lelaki itu yang tidak sabar melihat kemunculan sahabat sejati untuk hadir ke majlis mereka. Mana taknya, dah lebih lima kali telefon, namun panggilan tak diangkat. Siapa yang tak risau, kan? Amira memaut lengan suaminya yang telah selamat diijab kabulkan pada hari jumaat semalam. Semalam, Adam dan Aisyah hadir awal, namun lain jadinya pada hari ini. Jam pun dah menginjak ke pukul tiga petang. Aiman gelisah. Diorang ni memang tak nak rasa nasi kenduri aku ke? Tetamu pun dah ramai yang pulang.
"Awak, sabarlah sikit. Mungkin jammed kot, maklumlah hari cuti, ramai orang berjalan," tutur Amira cuba menenangkan hati lelaki itu.
"Masalahnya, takkanlah dah call pun tak dapat. Saya risau kalau apa-apa yang buruk, terjadi pada diorang. Dahlah keadaan mereka pun stabil setelah kehilangan anak mereka," balasnya sedikit mengeluh. Amira mengusap belakang badannya.
"Ish, ke situ pulak. Kita doakan yang terbaik je untuk mereka," kata Amira. Aiman sekadar mengangguk.
"Aiman, Amira!"jerit sekumpulan suara. Serentak Aiman dan isterinya berpaling. Terkejut dengan kedatangan rombongan sahabat itu, Amira menekup mulut terharu dan Aiman ternganga. Pantas mereka melangkah merapati gang lima sahabat sedari sekolah menengah itu, dan mereka berpelukan, erat. Tak disangka-sangka. Para isteri juga turut bersalaman dan berpelukan. Aisyah tersenyum di sebalik purdahnya itu, melihatkan wajah Adam yang bahagia dengan sahabat-sahabat lama. Biarlah, bukannya selalu dapat berkumpul macam hari ni.
"Terima kasih, Aisyah. Saya pasti semua ni idea awak. Saya senang tengok Aiman bahagia. Kalau awak nak tahu, muka dia dah macam ibu ayam hilang anak dah, asyik ternanti-nanti kedatangan korang." Aisyah tergelak.
"Spontan je saya bagi idea suruh dia ajak semua. Tak sangka pulak si Adam tu memag betul-betul sanggup pergi rumah tiga jejaka tu dan tunggu diorang bersiap," balasnya.
"Ya, untuk Aiman dan Amira yang memang sepadan sejak zaman sekolah lagi," ujar Adam, disambung dengan ledakan ketawa mereka semua.
"Aiman, terima kasih atas semua yang berlaku. Tolong bantu aku cari anak dan isteri dan tolong aku tangkap Fasha," ujar Adam ikhlas.
"Saya pun nak minta maaf sebab berkasar selama ni pada awak. Dan terima kasih juga." Aiman tersenyum memandang mata hazel itu dan kali ini tanpa sebarang perasaan kasih.
"Itulah gunanya kawan, bro. Dan saya faham itu tanggungjawab as a wife of Adam. Adam, you should be proud of having her," balas Aiman. Adam dan Aisyah berbalas senyum.
"Eh, jomlah. Jemput makan, aku tak tahulah ada legi ke tak makanan untuk korang. Sebab korang lambat," kata Aiman, tersengih nakal.
"Dah, jangan dengar cakap dia tu. Mari sini, makan, kami dah simpankan makanan untuk korang." Mereka membuntuti langkah Amira dan meninggalkan Aiman yang sedang mencebik di belakang. Semua tersenyum bahagia. Begitu juga Aisyah serta Adam yang berpegangan tangan erat, berjalan berdampingan. Kebahagian yang terbina indah ini moga terus berkekalan indah sampai bila-bila.
***************
"Mayra," panggil Adam. Mayra sedang ralit meyimpan semua baju milik arwah Damia sambil mencium bau itu. Meski sebak didada sukar diusir pergi, namun dia sudah kuat menahan tangisan. Ya, hidup perlu diteruskan. Kau harus tabah, Aisyah Humaira. Semua ini pasti ada hikmahnya. In shaa Allah, Damia tunggu kau dan Adam di pintu syurga, bisiknya pada diri sendiri.
"Sayang... Mayra okay tak ni?" soal Adam risau, lantas duduk di lantai berhadapan isterinya itu setelah dua tiga minit Aisyah tidak menjawab panggilannya. Aisyah tersentak sedikit namun tersenyum.
YOU ARE READING
Setegar Aisyah Humaira [COMPLETED]
RomanceTengku Adam Iskandar + Siti Aisyah Humaira. Tentang kahwin paksa antara mereka. Cekalnya hati sang isteri melayani suami yang tidak ingin mengakuinya sebagai teman hidup. Si suami pula sibuk menafikan perasaannya. Nak tahu lebih lanjut? Sudi-sudilah...