Bab 15

20.6K 715 11
                                    

Aisyah menggeliat sedikit. Dia bangun dari pembaringan apabila ada bunyi berdering dari jam loceng di meja solek. Matanya dibuka. Terkejut kerana dirinya ada di katil empuk. Matanya dipandang ke bawah. Kosong? Mana Adam? Bunyi dari bilik air membuatkan dia mengetahui keberadaan lelaki itu. Dahinya berkerut sedikit pelik. Awalnya dia bangun? Badan disandar di kepala katil sementara menunggu giliran untuk menggunakan tandas. Dia menutup mulut apabila menguap.

            “Dah, pergilah guna bilik mandi. Usman ajak kita solat berjemaah,” ujar satu suara garau. Aisyah membuka mata sambil mengangguk dan tiba-tiba pipinya memerah sendiri mencapai tuala di ampai mini itu serta jubah dari dalam almari. Adam hanya tersengih.

            “Abang ni, lain kali pakailah baju dulu,” gumamnya namun masih didengari oleh Adam.

            “Kenapa? Inikan bilik aku. Ke kau takut terpikat dengan aku?” soal Adam tersenyum. Aisyah berlalu ke kamar mandi seolah-olah tidak mendengar apa-apa. Malas melayan perangai Adam yang pelik pada pagi ini.

            Seusai mereka menunaikan solat subuh berjemaah, Aisyah dan Syakirah berlalu ke dapur untuk menyiapkan sarapan untuk mereka semua. Adam dan Usman lepak di ruang tamu manakala Hajah Mardhiah menghirup udara segar di halaman rumah.

            “Wah, diorang mesti suka makan ni. Hebatnya Aisyah, ana nak belajar masak dari entilah!” ujar Syakirah yang hanya menolong sedikit-sedikit sahaja kerana dilarang oleh Aisyah sendiri. Aisyah tersenyum.

            “Boleh, kak Syakirah. Aduh janggal pula nak panggil enti kakak. Hehe,” balas Aisyah, tergelak.

            “Alah, toksahlah enti panggil ana macam tu. Ana pun rasa pelik. Kita kan memang kawan,” ujar Syakirah sambil menuang air teh dari teko itu ke dalam lima cawan. Wap air keluar dari mulut cawan kerana masih panas. Aisyah yang sedang menuang nasi goreng kampung itu ke dalam mangkuk besar, terkejut apabila ada tangan yang melingkari pinggangnya. Pipinya memerah.

            “Abang, malulah kakak ipar nampak,” ujar Aisyah. Adam tersenyum, meletakkan dagunya atas bahu wanita itu.

            “Kakak, Usman panggil ke depan,” ujar Adam. Syakirah hanya mengangguk dan tersenyum melihat kemesraan mereka sebelum berlalu pergi. Aisyah cuba merungkaikan pelukan.

            “Abang, kalau nak berlakon pun janganlah over sangat.” Adam tersenyum. Pelukan dirungkaikan. Mangkuk tersebut dicapai lalu dibawa ke atas meja.

            “Siapa kata abang berlakon?” soalnya sedikit janggal menggunakan perkataan abang itu. Aisyah tersentak. Bahagia sedikit apabila Adam menggelar dirinya abang.

            “Dahlah, sarapan dah siap ni. Pergilah panggil diorang. Mayra nak kemas dapur dulu.” Aisyah berlalu ke sinki. Tangannya ligat membersih pinggan mangkuk yang kotor. Adam berdiri di sebelahnya.

            “Biarlah aku tolong. Baru nampak sweet,” balas Adam. Aisyah makin rasa pelik. Okay Aisyah, tak perlu pelik. Ini adalah lakonan yang tak akan jadi realiti pun.

            “Amboi, pengantin lama kita sibuk nampak mengemas dapur,” ujar Hajah Mardhiah. Usman dan Syakirah tergelak mendengar perkataan pengantin lama itu.

            “Sikit lagi ummi.” Aisyah tersenyum.

            “Baiknya menantu ummi ni tolong isteri dia ya?” ujar wanita tua itu lagi sambil melabuhkan punggung.

            “Hmmm, abang Adam memang baik ummi. Baik dia memang sampai mengacau kerja Aisyah kat dapur,” balas Aisyah sedikit tipu untuk meng‘real’kan lakonan. Adam mencubit pipi Aisyah.

Setegar Aisyah Humaira [COMPLETED]Where stories live. Discover now