Bab 28

18.9K 650 41
                                    

"Damia! Damia!" jerit Aisyah. Adam yang sedari tadi terlena di sisi isterinya itu, terbangun dan tersentak. Dia merapati tubuh itu.

            "Mayra, bangun Mayra." Adam menggoncang bahu wanita itu. Mata Aisyah yang terpejam terbuka semula, dengan nafas tercungap-cungap dan peluh di dahi. Lantas dia duduk, dan Adam membantunya.

            "Ya Allah. Abang, Damia mana? Dia masih hidup kan?" soal Aisyah. Adam mengangguk.

            "Ya sayang. Damia macam semalam, masih hidup namun demamnya tak kebah-kebah lagi. Mayra tadi meracau sangat. Alhamdulillah sayang dah sedar. Risau abang tengok sayang pengsan petang tadi masa berlari kea rah abang," balas Adam. Sambil itu, dia menuang air mineral di dalam gelas.

Aisyah memikirkan kata-kata adam. Oh, petang tadi, dia ingin meminta maaf pada suaminya itu dan ingin mengajaknya makan, namun dia rasa pitam dan berpinar saat sudah hampir dengan lelaki itu. Adam meneguk air yang disuakan oleh Adam itu. Kemudian, dia memandang lama wajah itu penuh kasih.

"Mayra? Kenapa pandang abang macam tu?" soal Adam, setelah melabuhkan punggung.

"Sebab abang handsome sangat malam ni," balasnya tanpa segan.Dah lama tak bergurau, sejak pelbagai masalah yang timbul, baru-baru ini. Adam pula yang tersipu.

"Ish, nakal eh Mayra ni. Goda abang but not in the right place lah sayang," balasnya mengusap tangan itu. Aisyah tersenyum.

"Abang, Mayra minta maaf eh sebab terlalu pentingkan diri sendiri. Mayra tahu, Mayra terlalu fikirkan Damia sehingga membelakangkan abang. Mayra minta maaf cause I'm not a best wife for you," ujarnya sebak. Adam tersenyum, menarik tubuh itu rapat ke dadanya, lalu mencium ubun-ubun Aisyah.

"Sayang, it's okay. I can feel the feeling. Dan abang faham perasaan Mayra yang dah kandungkan Damia sembilan bulan sepuluh hari, mesti tersangat sedih kalau dia sakit. Abang tak apa-apa. Malah abang bersyukur dapat isteri yang sayangkan zuriat kita ni. Tapi, sayang kena kuat tau! Sebab Damia tunggu ummi dia kuat, barulah dia boleh survive in shaa Allah," ujar Adam. Aisyah melepaskan rangkulannya dan menghadiahkan kucupan mesra di pipi lelaki itu.

"Mayra bersyukur dapat suami yang terindah dalam hidup Mayra," balasnya.Adam mencium pula dahi itu.

"Abang pun. Dah sekarang, Mayra makan ya? Abang suap. No excuse," arahnya. Aisyah tersenyum mengangguk.

"Aye aye captain Adam!" Mereka tergelak.

*************

"Encik Adam dan Puan Aisyah?" soal satu suara. Mereka berdua berpaling melihat wajah doctor itu.

            "Ya doctor? Macam mana dengan keadaan anak kami?" soal Adam.

            "Keadaan Damia masih seperti semalam. Suhu badannya naik satu darjah. Dan saya perhatikan kadar pernafasannya juga semakin laju. Yang dapat saya simpulkan, nyawanya sekarang hanya 50-50." Bicara doctor itu membuatkan mereka berdua rasa dunia ini seakan gelap. Ya Allah, berat sungguh ujian ini, getus Adam sendiri. Aisyah mengangguk. Dia harus kuat.

            "Doktor, boleh saya tengok anak saya?" soal Aisyah. Doktor muda itu mengangguk. Adam membantu Aisyah untuk bangun dan berjalan keluar dari wad itu. Mereka masuk ke dalam sebuah bilik dan bergerak kea rah katil kecil. Pergelangan tangan bayi itu terlilit gelang kertas dan tertulis nama 'Damia Afira'.

            "Terima kasih, doctor." Doktor itu mengangguk dan berlalu pergi. Mereka berdua memerhati wajah bayi itu yang pucat. Dan benar kata doctor, pernafasannya agak tidak stabil. Air mata Adam jatuh, sebak dan hiba melihat nyawa kecil itu yang cuba untuk bertahan. Aisyah tersenyum dan menahan sebak. Dia tidak akan menangis lagi. Tangannya mengelus lembut setiap inci wajah Damia yang memang terasa panas itu.

Setegar Aisyah Humaira [COMPLETED]Where stories live. Discover now