"Aisyah dan kandungannya selamat," ujar suara garau itu membuatkan dia terlopong.
"What?!" Fasha mendengus kasar. Rancangannya gagal.
"Ergh, kenapalah plan kita gagal?! I tak puas hati!" jeritnya bagai orang gila. Bilik berpenghawa dingin itu tiba-tiba terasa panas apabila mendengar berita buruk itu.
Sam menggeleng kepalanya. Apalah nak jadi dengan perempuan ni agaknya? Bilalah dia ni nak berubah? Bukanlah nak kata dia baik sangat, Cuma apa yang telah dilakukan oleh Fasha ini sangat melampau kerana dah termasuk dalam cubaan membunuh. Sam mengeluh. Dia rasa malas dah nak bersubahat dengan wanita berhati busuk ini. Rasanya, dia juga silap kerana jatuh cinta pada perempuan yang tidak langsung berhati perut ini. Hasrat di hati yang sudah lama dipendam akan dinyatakan juga. Biarlah apa kata Fasha.
"Fasha, I nak cakap sikit." Fasha tidak memandangnya. Hatinya masih panas.
"I... I dah malas nak terlibat dengan semua ni. I tak nak tanggung risiko apa-apa lagi. Maafkan I, I akan pergi jauh dari kehidupan you mulai sekarang," ujar Sam membuatkan Fasha tersentak lantas dia memandang wajah lelaki itu yang serious.
"You...you serious? Tapi, Sam..." Sam menggeleng. Keputusannya muktamad. Dia melangkah pergi meninggalkan ruang pejabat Fasha itu. Fasha mendengus.
"Baguslah! Pergi, pergi jauh-jauh dari kehidupan aku!" teriaknya lantang menarik perhatian staf-staf lain namun tidak dipedulikan. Hatinya membentak. Semua dah pergi! Dia perlu merancang sesuatu yang lebih ekstrem. Yeah, aku takkan biarkan Tengku Adam Iskandar pergi jauh dari kehidupan aku!
*******************
"Thanks Aiman," ujar Amira sambil tersenyum dan melabuhkan punggung selepas Aiman menarik kerusi untuknya. Aiman sekadar mengangguk lalu duduk di hadapan gadis itu. Setelah memesan makanan, mereka memandang satu sama lain semula.
"Aiman, thanks sudi ajak saya keluar, as tunang. Saya bahagia," ujarnya. Aiman tersenyum. Dia faham.
"Sebenarnya, ada sesuatu yang saya perlu ceritakan pada awak, sehingga menyebabkan saya terima untuk jadi suami awak. No... maksud saya bukannya saya tak ikhlas, tapi ada sebab sebenar yang mebuatkan saya setuju dengan semua ini," tutur Aiman. Yes, dia akan jujur dan ceritakan segalanya pada tunangnya itu hari ini. Dahi Amira berkerut.
"Apa dia? Ceritalah," balas gadis itu tidak sabar.
"Sebelum tu, saya harap, awak jangan menyampuk, dan dengar cerita saya sampai habis, sebab saya tak nak awak salah faham dan saya harap awak dapat terima semua ni," balas Aiman, yang telah menggunakan panggilan saya-awak selepas bertunang. Amira mengangguk. Dia yakin dengan kejujuran lelaki itu. Aiman menarik nafas sebelum menceritakan semuanya.
Bermula daripada perjumpaan pertamanya dan Aisyah di Aeon Big sehinggalah fitnah yang melanda, serta kes Aisyah hampir gugur, yang diketahui melalui detektif upahannya. Aiman menceritakan segalanya, dan Amira khusyuk mendengar.
"Saya percayakan awak, Aiman. Saya juga tahu perasaan awak masih ada pada Aisyah, tapi saya akan pastikan awak dapat melupakannya sebaik sahaja awak sebut ijab kabul nikah nanti. Saya terima awak, sebab cinta yang dah lama berputik dalam hati ini, malah semakin memekar dari hari ke hari. Saya akan bantu awak semampunya," balas Amira membuatkan Aiman melebarkan senyuman. Sungguh, dia rasa bertuah kerana gadis ini masih sabar dan setia menunggu cintanya.
"Awak akan tolong saya, apa pun kan?" pinta Aiman. Amira mengangguk.
"In shaa Allah, semampu saya," balasnya.
"Kita jumpa Adam, dan ceritakan semuanya pada dia perkara yang sebenar. Dan awak di sisi saya untuk mengakui yang kita memang sudah lama berhubungan. Saya nak Adam jelas tentang hubungan kita, sekali gus dapat menghapuskan fitnah yang dia dah lemparkan pada saya dan Aisyah. Jujur, saya tak kisah persahabatan kami rosak, yang penting dia tak lukakan Aisyah yang tengah sarat mengandung," terang Aiman. Amira tersenyum mengangguk.
YOU ARE READING
Setegar Aisyah Humaira [COMPLETED]
Roman d'amourTengku Adam Iskandar + Siti Aisyah Humaira. Tentang kahwin paksa antara mereka. Cekalnya hati sang isteri melayani suami yang tidak ingin mengakuinya sebagai teman hidup. Si suami pula sibuk menafikan perasaannya. Nak tahu lebih lanjut? Sudi-sudilah...