Bab 19

16.3K 581 7
                                    

"An-nazofatu minal iman."

            "An-nazofatu minal iman!" Para pelajar mengikut bacaan itu.

            "Maksudnya apa semua anak-anak yang bijak?" soalnya lantang.

            "Kebersihan sebahagian daripada iman!" balas mereka bersemangat. Aisyah tersenyum.

            "Bijaknya semua. Ya, sebab tulah kita kena jaga kebersihan. Kebersihan di rumah, di sekolah, di ..."

  Aisyah masih sibuk mengajar. Sesi pembelajaran pada ketika itu adalah hadis. Dia terkejut apabila tiba-tiba bahunya dicuit. Bicaranya terhenti dan dia berpaling melihat wajah tua yang dalam kegusaran itu.

  "Ya  Mak Leha, kenapa ni?" soalnya lembut. Murid-murid semua memandang mereka berdua. Mak Leha kelihatan sedikit tertekan.

  "Anak Mak Leha kemalangan, sekarang ni masuk hospital. Mak Leha kena pergi sekarang," ujarnya dengan suara menahan tangisan. Aisyah turut kaget mendengar ujaran itu.

  "Ya Allah, ya ke? Tak apa, Mak Leha pergilah dulu, dapur tu biar Aisyah uruskan," balasnya.

  "Hidangan untuk budak-budak ni semua dah siap atas meja, tapi dapur tulah tak sempat kemas. Mak Leha minta maaf ya, Mak Leha pergi dulu," ujarnya lantas berlalu pergi. Aisyah mengangguk. Ya Allah, berikannya kemudahan dalam setiap urusan. Kasihannya jatuh pada wanita tua itu.

  "Innalillahi wainna ialihi roji'un," ujarnya perlahan.

  "Ustazah, siapa yang meninggal?" soal satu suara yang berada di hadapannya. Aisyah pula yang tersentak.

 "Taklah, tak ada siapa yang meninggal. Ingat tak ustazah ajar, kalau ditimpa musibah pun kita kena ucap Innalillahi wainna ialihi roji'un." Semua murid mengangguk faham. Aisyah mengeluh sedikit sebelum menyambung sesi pembelajaran.

****************


Kotak rokok dikeluarkan dari poket. Suasana panas terik pada tengah hari itu membuatkannya mengeluh kasar. Kalau tak kerana cinta, dia takkan buat semua ni. Api dinyalakan ke bahagian hujung rokok itu lantas dikepit ke bibirnya. Sam menghisap asap tersebut dalam-dalam sebelum melepaskannya melalui hidung.

  Sebuah kereta berwarna biru yang terparkir di hadapan PASTI itu dipandang. Haih, lambat betul dia ambil anak dia. Dia tersentak seketika apabila melihat seorang jejaka keluar semula dari keretanya itu selepas meletakkan budak perempuan di dalam kereta itu. Pelik. Sam turut keluar dari kereta itu dan berlindung di sebalik pokok. Jejaka itu kemudiannya tergesa-gesa masuk ke dalam ruangan PASTI itu.

  "Eh, dia main terjah je? Bukan ke minah alim tu tengah keseorangan kat dalam?" soalnya sendiri. Dia terfikir sesuatu. Great. Fasha confirm suka benda ni. Kamera di dalam laci sebelah tempat pemandu diambil lantas langkah penuh berhati-hati diorak mendekati rumah bercat hijau itu.


*******************

"Auch! Ya Allah!" jeritnya kuat menahan kesakitan. Darahnya keluar laju dari jari ibunya. Bibir diketap. Macam dalam je luka ni. Luka yang terkena sewaktu dia sedang mengemas sinki dan taanpa sengaja ibu jarinya tertusuk pisau yang digunakan Mak Leha untuk memotong buah epal barangkali.

            "Aisyah, Aisyah! Awak tak apa-apa ke?" soal satu suara garau. Aisyah jadi kalut. Siapa pula lelaki ni. Nasib baik, purdah telah siap-siap dipakainya. Jelmaan seseorang yang menerobos masuk ke ruang dapur itu membuatkan hatinya tambah berdebar. Dia memandang wajah itu, terkejut dan kemudian mengeluh. Dia lagi, dia lagi.

Setegar Aisyah Humaira [COMPLETED]Where stories live. Discover now