"...Sodaqallahul 'azim." Setelah selesai membacakan surah Maryam, Aisyah mengusap lembut perutnya itu. Dia tersenyum. Baru nak masuk tiga bulan. Perut pun kecil lagi.
"Anak ummi, jadi anak yang soleh dan solehah tau untuk papa dan ummi. Lepas tu, tolong ummi untuk rapat dengan papa, ya sayang? Hehe," ujarnya tergelak sendiri. Dia melipat telekung setelah menunaikan solat asar tadi. Masih bertahan solat seperti biasa. Tapi, dah masuk lima bulan atau enam bulan, mungkin terpaksa solat dalam keadaan duduk pula.
Bunyi pintu hadapan yang dibuka menyentakkannya. Jam di dinding dipandang. Eh,baru pukul lima. Awalnya dia balik. Dengan perlahan-lahan, dia melangkah keluar dari biliknya, menjengah ruang tamu. Kelihatan Adam bersandar kepenatan dengan wajah tertekan di sofa itu. Aisyah tersenyum. Dia berlalu ke dapur untuk menyediakan minuman untuk suaminya.
"Assalamualaikum," ujar satu suara garau membuatkan Aisyah yang sedang mengacau air terhenti. Eh, ada lelaki lain ke. Dia pantas berlalu ke kamar dan menyarung tudung. Secawan air lagi disediakan dan dibawa kedua-dua cawan itu ke ruang tamu. Dia tergamam melihat wajah itu. Apa lagi yang dia buat kat sini? Tak mungkinlah Adam yang..
"Ya memang aku sengaja pertemukan korang. Aku perlukan penjelasan tentang ni," ujar Adam sambil mencampakkan satu sampul surat ke atas meja kopi itu dengan muka memerah menahan marah. Aiman dan Aisyah masing-masing terpinga. Aiman pantas melihat isi itu dan matanya terjegil lantas memandang Aisyah. Aisyah melihat foto tersebut selepas Aiman. Dia juga ternganga. Ya Allah...
"So, apa yang korang nak jelaskan? Hubungan korang kat belakang aku? Hah, Aiman? Mayra?!" nadanya naik mungkin lima volume. Suaranya lantang di ruang tamu itu, jelas menampakkan bahawa dia memang marah.
"Adam, please dengar dulu apa yang..."
"Oh, jadi kau nak bagitahulah yang kau dah berjaya rampas dia daripada aku? Kau nak cakap yang aku tak reti jaga bini, macam tu?!"
"Abang..."
"Dan kau Mayra...aku tak sangka kau sanggup musnahkan kepercayaan yang aku dah taruhkan pada kau. Anak dalam perut kau tu, anak siapa? Anak dia, anak Aiman kan?!" soalnya. Sakit, pedih dengan lontarannya sendiri.
"Ya Allah. Abang, ni anak abang. Ni anak kita..." rintih Aisyah sayu. Air matanya sudah mengalir laju. Tak sanggup dituduh dan difitah begitu. Aiman turut terkejut dengan ujaran Adam.
"Adam, kalau ya pun, kau janganlah fitnah Aisyah sampai macam tu sekali. Aku tak ada apa-apa pun dengan dia," ujar Aiman. Kenapa masalah ni boleh timbul?
"Aku faham sekarang. Sangat faham. Kalau ini yang kau berdua inginkan, aku akan ikut. Selepas dia melahirkan, aku akan ceraikan dia dan Aiman, kau bolehlah ambil dia daripada aku masa tu. Aku akan berundur kalau ini yang terbaik untuk korang," ujar Adam sebak. Sakit lagi. Dia tidak sanggup sejujurnya. Namun, kalau ini yang akan membahagiakan dua hati itu, dia akan jadi lebih dari sanggup. Air mata lelakinya menitis. Dia berpaling dari mereka.
"Kita ikut perancangan asal ya Mayra. Aku ceraikan kau, so aku akan bersama dengan Fasha dan kau bersama Aiman. The end." Kakinya melangkah pergi. Tangisan Aisyah semakin kuat.
"Adam! Tolonglah dengar, gambar tu masa jari Aisyah terluka dan aku cuma nak tolong..."
"Kau dah boleh blah dari sini Aiman," ujar lelaki itu kasar. Pintu ditutup kuat. Dia duduk di hadapan pintu biliknya itu.
YOU ARE READING
Setegar Aisyah Humaira [COMPLETED]
RomanceTengku Adam Iskandar + Siti Aisyah Humaira. Tentang kahwin paksa antara mereka. Cekalnya hati sang isteri melayani suami yang tidak ingin mengakuinya sebagai teman hidup. Si suami pula sibuk menafikan perasaannya. Nak tahu lebih lanjut? Sudi-sudilah...