Bab 27

16.3K 607 22
                                    

Haji Shahrum dan Hajah Mardhiah berasa gelisah. Sudah lebih sejam mereka menunggu di hadapan rumah banglo milik Adam itu, namun tiada tanda-tanda mereka akan keluar meskipun kereta Adam diparkir elok di rumah. Sudah lebih tiga kali mereka menekan loceng dan memberi salam namun tiada respon dan sahutan. Mereka duduk semula di dalam kereta, dan suasana sunyi menyebulungi. Haji Shahrum berdeham.

            "Mar, abang rasa mereka memang tak ada dalam rumah." Hajah Mardhiah mengangguk.

            "Mar pun rasa macam tu. Tapi mereka kat mana, bang?" soalnya gelisah.

            "Sabar dan doa, harap tak ada apa-apa yang terjadi. Tadi Mar dah call nombor Aisyah dengan Adam?" soalnya. Wanita di sebelahnya itu menggeleng.

            "Aisyah je. Nombor Adam, Mar tak call sebab ingatkan dia busy kat pejabat. Eh, ha ahlah! Call Adam bang!" ujar Hajah Mardhiah. Haji Shahrum mengangguk, lantas mencari nama Adam pada senarai kenalan. Panggilan itu bersambung setelah seminit dua menunggu. Pembesar suara dihidupkan.

            "Hello, Assalamualaikum Adam. Adam kat mana?" soalnya. Hajah Mardhiah setia mendengar. Terdengar keluhan dari corong telefon membuatkan mereka berdua berdebar.

            "Waalaikummussalam walid. Adam dengan Aisyah dekat hospital ni," balas Adam tanpa rela, namun dia juga rasa bersalah jika menipu.

            "Ya Allah, apa dah jadi ni Adam? Siapa yang sakit?" soal Hajah Mardhiah kuat dan bimbang.

            "Adam dengan Mayra Alhamdulillah tak apa-apa. Tapi, Damia yang sakit," balasnya hiba. Air matanya mengalir dan diseka pantas sebelum Aisyah menyedari.

            "Damia? Ya Allah, kenapa ni. Tak apalah, kami ke sana sekarang," ucap Haji Shahrum sebelum mematikan panggilan. Mereka berdua senyap sepanjang perjalanan itu. Doa di dalam hati tidak putus-putus dipanjatkan pada Allah yang Esa.

            Setelah menjumpai bilik yang dicari, mereka berdua terpandangkan Adam yang sedang mengusap belakang Aisyah yang sedah menangis. Lantas langkah dilajukan ke arah mereka.

            "Adam, Aisyah," tegur Haji Shahrum. Adam dan Aisyah mengangkat muka.

            "Ummi, walid," balas Aisyah mengesat pipi. Mereka berdua mencium tangan Haji Shahrum dan Hajah Mardhiah. Aisyah memeluk erat umminya itu.

            "Ummi, Damia ummi. Damia sakit. Demam panas," ujar Aisyah dan menangis terseak-esak. Haji Shahrum menepuk belakang badan Adam.

            "Sabar ya? Kita doa banyak-banyak." Adam tersenyum pahit.

            "Macam mana boleh jadi macam ni Adam, Aisyah? Kenapa kamu berdua nampak sangat terseksa? Ummi dari pagi tadi tak sedap hati," soal Hajah Mardhiah apabila Aisyah melepaskan pelukan. Aisyah menggeleng dan berlalu pergi. Dia tak sanggup untuk menceritakan segalanya dan mengaingatinya kembali. Hatinya sakit. Adam berkira-kira untuk mengejar namun ditegah oleh Haji Shahrum.

            "Biarkan dia tenang sendiri Adam. Walid tahu dia ke surau hospital," ujarnya. Adam mengangguk.

Mereka melabuhkan punggung di kerusi itu, dan Adam menceritakan segalanya yang terjadi pada hari ini. Dan termasuklah kejadian Aisyah terjatuh semasa mengandung yang menyebabkan berlakunya pendarahan, semuanya angkara gadis berhati busuk itu. Sedari awal perkahwinan mereka hinggalah sekarang, Fasha membenci mereka dan ingin menghancurkan rumahtangga mereka. Adam turut jujur tentang sikapnya pada awal perkahwinan yang ada juga keluar dengan gadis itu sebelum dia menyedari bahawa dia mencintai Aisyah dan tanggungjawab untuk memelihara keluarga ini. Segalanya Adam ceritakan pada kedua-dua orang mertuanya itu tanpa tertinggal walau satu pun.

Setegar Aisyah Humaira [COMPLETED]Where stories live. Discover now