Sinaran cahaya matahari itu menyilaukan matanya. Mulut ditutup menggunakan belakang telapak tangan apabila mengauap. Mata dikesat-kesat sebelum membukanya. Cuba diamati suasana tempat itu setelah bangun dari tidur.
“Abang, bangunlah. Dah pukul 9 ni. Tadi, abang terlajak subuh,” ujar satu suara. Dahi Adam berkerut. Abang? Bila masa aku ada adik ni? Mindanya ligat berfikir sebelum satu tubuh lintas di hadapannya. Oh, bini aku rupanya. Lupa pulak yang semenjak dua menjak ni, dia panggil aku abang.
“Hmm,” balas Adam malas lantas bangun berdiri. Tuala dicapai lalu memasuki kamar mandi. Aisyah tersenyum pahit lalu mengemaskan tilam Adam dan diletakkan di bawah katil seperti kebiasaan. Dan selama seminggu di rumah mertuanya itu, mereka jarang-jarang berbual bersama melainkan hal-hal penting sahaja. Seolah-olah dia itu tunggul, tidak wujud. Aisyah cuba untuk memulakan bicara, namun pasti ada penghalangnya.
“Tepi sikit, aku nak qada’ subuh ni,” ujar lelaki itu, dingin. Aisyah bergerak ke tepi.
“Abang, jangan lupa flight kita pukul 11,” kata Aisyah sekali nafas. Takut dipotong lagi bicaranya seperti selalu.
“Flight? Nak pergi mana?” soal Adam dengan dahi berkerut. Songkok diletak ke atas kepala. Aisyah terssenyum tawar.
“Honeymoon. Australia.” Dua perkataan itu membuatkannya pantas menepuk dahi. Aduh, lupa pulak! Solat ditunaikan cepat-cepat. Aisyah sekadar menggeleng. Selama seminggu itu, barulah dia tahu aktiviti dan perangai Adam selama ini.Solat, masih tak sempurna. Mengaji al-Quran, tak pernah nampak. Solat subuh selalu terlajak. Nak ajak berjemaah? Ada saja alasan untuk menolak. Solat sunat, puasa sunat, amalan sunat? Susah nak nampak. Tapi, untuk menegur, dia masih belum berani meskipun hal itu wajib.
Aisyah mengemaskan barang-barangnya ke dalam bagasi berwarna merah itu. Setelah siap, bagasi hitam itu pula ditarik, lalu pintu almari Adam dibuka. Baru dia ingin mencapai satu baju, tangan Adam merampas kasar.
“Tak payah tolong. Aku boleh buat sendiri. Kau pergilah bersiap-siap dulu,” ujar Adam. Aisyah lantas menuruti kata-kata suaminya itu, meskipun hatinya rasa terluka.
*********************
Aisyah keluar dari bilik air Hotel Katherine, Australia itu dengan perasaan lega. Sejak selepas makan malam tadi, perutnya asyik memulas sahaja. Yelah, mungkin perutnya tidak biasa diisi dengan makanan barat yang pelik-pelik meskipun halal. Namun, dia tetap makan untuk menjaga rasa hormat pada suami. Sebut tentang suami, mana Adam pergi ya? Kepala dijengah-jengah ke tilam bawah, mana tahu dia ada di situ. Ya, walaupun di hotel ni, Adam bijak mencari tilam lain untuknya, semata-mata tidak ingin sekatil dengannya.
“Hai Fasha, my sweetheart.” Suara itu membuatkan Aisyah tersentak. Dia melihat bahagian balkoni. Ya, Adam sedang bercakap dengan seseorang dari dalam Iphone 6 nya. Telinganya curi-curi dengar. Siapa Fasha ni?
“Ya, you janganlah risau. I sayang you seorang je.” Aisyah terasa ingin menangis. Ya Allah…
“I tak akan sudi walau sesekali untuk sentuh dia.” Hah? Kenapa dia cerita hal peribadi kami pada orang lain? Hatinya berdarah. Tubir mata terasa berat.
“Plan I berjalan lancar. You sabarlah sikit. Setahun je, baby. Lepas tu I ceraikan dia dan kahwin dengan you.” Aisyah berlari semula ke kamar mandi. Air mata mengalir laju. Dia tidak sanggup lagi mendengar apa-apa. Perkataan cerai itu sahaja telah membuatkannya rasa nak pengsan. Ya Allah, berikan aku kekuatan dalam menempuh rumah tangga bersamanya.
YOU ARE READING
Setegar Aisyah Humaira [COMPLETED]
Roman d'amourTengku Adam Iskandar + Siti Aisyah Humaira. Tentang kahwin paksa antara mereka. Cekalnya hati sang isteri melayani suami yang tidak ingin mengakuinya sebagai teman hidup. Si suami pula sibuk menafikan perasaannya. Nak tahu lebih lanjut? Sudi-sudilah...