'Ya Allah, berat sungguh ujian ini. Aku tak sanggup ya Allah, pertemukanlah anakku Damia denganku ya Allah,' rintihnya dalam hati. Air matanya masih tidak berhenti mengalir sejak dua jam yang lalu. Sudah merata tempat dia dan suaminya mencari di kawasan perumahan mereka, namun masih gagal untuk dijumpai. Adam juga mengeluh, memandang Aisyah di sebelahnya.
"Sabarlah Mayra, mungkin ini ujian untuk kita. Kita buat laporan polis ya?" soal Adam. Aisyah sekadar mengangguk. Dia tak mampu berkata-kata dek perasaannya yang masih tidak stabil. Adam menggosok bahu isterinya cuba mengalir sedikit kekuatan meski dia sendiri sedih. Namun, dia harus mengawal perasaannya untuk tidak membuat keadaan menjadi bertambah buruk. Adam meneruskan pemanduannya menuju ke balai polis berdekatan.
****************
"Ish budak ni! Asyik menangis je, nak memekakkan telinga aku ke apa?!"jerit Fasha geram. Dia menjeling ke arah bayi yang diletakkan di atas lantai di dalam gudang itu. Namun kemudian dia tersenyum.
"Kau menangislah semalaman ya budak? Esok aku culik ibu kau pulak. Barulah kau boleh dapat susu, ya tak? Hahahaha." Fasha ketawa bagai orang gila di dalam gudang itu. Dia puas, puas merentap kebahagiaan keluarga itu.
"Dan...aku akan ugut ibu kau untuk bercerai dengan Tengku Adam Iskandar, sebelum dia dapatkan kau." Dia meneguk air mineral dari gelas di hadapannya dengan perasaan puas kerana dendam yang terbalas.
****************
Bunyi deringan telefon dari atas meja itu menyentakkan Aisyah yang baru selesai mengaminkan doa untuk keselamatan anaknya yang telah sehari hilang, setelah solat Subuh. Tanpa melihat nama pemanggil, dia menekan butang hijau.
"Assalamualaikum. Nak apa?" soalnya dengan suara yang masih serak. Suara si pemanggil masih tidak kedengaran sebelum suara bayi menangis menyentakkannya dan menarik-narik tangkai hati itu.
"Damia Afira, Damia anak ummi...ya Allah..." ujarnya dengan air mata mengalir semula.
"Ya Puan Aisyah. Itu anak kau yang sedang kelaparan tanpa susu, tanpa sebarang makanan. Hahahahaha," ujar si pemanggil membuatkan hati Aisyah makin luluh.
"Siapa ni? Kenapa culik anak saya? Saya tak pernah sakitkan hati awak dan kenapa awak buat kami macam ni?" soal Aisyah. Fasha mendengus.
"Kau tak pernah sakitkan hati aku? Tipu! Kau ambil Adam dari aku, dan itu bermakna kau ambil kebahagiaan aku. Jadi, aku ambillah kebahagiaan kau ni. Fair right?" soalnya sinis. Aisyah terkedu. Jadi, semua ni angkara Fasha?
"Cik Fasha, saya tak berniat pun nak rampas abang Adam. Semua ni takdir Allah dan Allah dan tetapkan bahawa dia adalah jodoh saya. Saya mohon cik Fasha tolong buka hati, dan kembalikan anak kami. Tolonglah..." rayunya. Fasha tersenyum.
"Kau nak anak kau? Keluar sekarang tanpa pengetahuan Is dan iku aku." Fasha mematikan panggilan. Aisyah tersentak. Pantas dia mencabut telekungnya. Wajah Adam yang masih lena itu dipandang penuh kasih. Maafkan Mayra, bang. Langkah diatur laju menuju ke luar rumah dan masuk ke kereta Vios berwarna putih itu.
*****************
Dahinya berkerut sedikit saat membuka mata. Berat terasa kepalanya. Teringatkan bahawa hari telah berganti dan genaplah sehari anak mereka hilang. Dia meraba sebelahnya. Kosong. Pasti Aisyah telah menunaikan solat Subuh terlebih dahulu. Handphonenya dicapai. 8.30 pagi?! Ya Allah! Pantas dirinya bangkit dan duduk. Wajah diraupkan. Terlepas solat Subuh. Pelik. Biasanya Aisyah akan membangunkan dia sebelum menyiapkan sarapan atau membuat kerja rumah. Namun, terfikirkan hal Damia buat dia berfikiran positif. Mungkin Aisyah terlalu sedih hingga lupa untuk mengejutnya bangun pagi. Tanpa berlengah, dia membersihkan diri dan mengqadha'kan solat Subuh.
YOU ARE READING
Setegar Aisyah Humaira [COMPLETED]
RomanceTengku Adam Iskandar + Siti Aisyah Humaira. Tentang kahwin paksa antara mereka. Cekalnya hati sang isteri melayani suami yang tidak ingin mengakuinya sebagai teman hidup. Si suami pula sibuk menafikan perasaannya. Nak tahu lebih lanjut? Sudi-sudilah...