Bab 16

19.7K 702 26
                                    

Tangannya dilambaikan ke arah kereta putih Camry yang mula berundur keluar dari halaman rumah mereka. Aisyah dan Adam tersenyum melihat mereka yang turut membalas lambaian. Aisyah menekan remote dan pintu pagar itu tertutup sendiri. Langkah mereka sama diiring masuk ke dalam rumah.

            “Hmm, bosan pulak. Dah tak gamat rumah ni,” ujar Adam. Aisyah tersenyum. Tulah, suruh duduk dengan mama tak nak.

            “Jadi, Mayra kenalah pindahkan barang semula…”

            “Syyh, tak payahlah,” balas Adam meletakkan jari di bibir itu. Dia tersengih nakal.

            “Lagipun mana tahu, malam ni kita akan…” Mata Aisyah terjegil lantas lengan itu ditampar manja.

            “Ish, dia ni, ke situ pulak!” Mukanya memerah. Cukuplah hal malam tadi buat dia segan dengan lelaki itu. Adam memeluk gadis itu erat dan Aisyah tergamam.

            “Btw, thanks tau malam tadi. Dan sorry kalau ianya memaksa…”

            “No no. I was willing to. Itu tanggungjawab Mayra,” balasnya membalas pelukan. Lama mereka berkeadaan begitu. Adam rasa menyesal. Kenapa dia lambat menyedari semua ini? Bahawa Aisyah memang dah lama jatuh cinta dengannya dan dia juga menyayangi gadis itu. Ubun-ubun Aisyah dicium. Aisyah sebak.

            “Abang…”

            “Hmm…” balas Adam.

            “Abang dah terima Mayra dalam hidup abang?” soalnya meminta pengertian. Kerana sepanjang tiga hari dua malam Hajah Mardhiah, Usman serta Syakirah di situ, layanan yang diberikan oleh Adam tampak jujur dan benar. Bukan lakonan. Adam tersenyum ikhlas. Pelukan terungkai. Dia cuba mencari kejujuran dari mata itu dan dia nampak. Sangat jelas. Aisyah membalas pandangan tersebut dengan penuh rasa kasih.

            “Mungkin?” balas Adam dan cukup membuatkan Aisyah tersenyum bahagia.

            “Dan abang cintakan Mayra?” soalan itu membuatkan Adam tergamam. Dia keliru semula. Benarkah apa yang dia rasa selama ini, cinta? Sebab cintakah dia mula menyayangi isterinya itu? Sebab cintakah dia rasa sakit apabila Aisyah tidak menghiraukannya selama dua bulan? Dia tidak tahu, kerana perasaan itu masih kabur. Dia menarik semula Aisyah ke dalam pelukan.

            “Aku…aku tak tahu. Tapi, aku akan cuba,” balas Adam. Aisyah tersenyum. Pahit. Rupa-rupanya dia masih bertepuk sebelah tangan. Namun, dia bersyukur kerana Adam memberikannya harapan. Dan dia berharap harapan itu pasti dan benar. Ya Allah, lembutkanlah lagi hati suamiku ini untuk menerimaku.

*****************

 Tok! Tok! Tok!

            Adam tersentak dari lamunannya. Senyuman yang sedari tadi tersungging di bibir kerana teringatkan Aisyah terus terpadam. Ish, siapalah yang kacau aku ni? Lepas tu, ketuk pintu macam nak robohkan satu bangunan ni.

            “Masuk!” ujarnya kuat lantas berpura-pura meneliti dokumen di hadapannya. Tas tangan yang tiba-tiba terhempas di hadapannya itu dipandang aneh. Namun, bauan yang menusuk ke dalam hidung membuatkan dia tahu siapakan gerangannya. Malas menghiraukan, dia meneliti dokumen itu lagi.

            “Hey Is! You tak nampak ke I kat sini hah?” soalnya kasar. Adam masih pura-pura tak dengar.

            “Oh, lupa pulak. You kan dah angau dengan perempuan bajet alim tu kan?”. Adam mendengus geram. Punggung diangkat kasar dan pandangannya mencerlung ke dalam anak mata Fasha.

Setegar Aisyah Humaira [COMPLETED]Where stories live. Discover now