Bab 14

18.8K 760 14
                                    

Aisyah tersenyum dengan rasa sebak di dada. Hari ini merupakan hari pernikahan Usman dan Syakirah. Sama seperti majlisnya, tiada persandingan namun tetap membuat kenduri doa selamat. Pada pukul 11 pagi tadi, mereka telah selamat diijab kabulkan. Dan sekarang ini adalah sesi bersalam-salaman.

            Apabila tiba giliran Aisyah, dia merapati pasangan itu perlahan. Terserlah kebahagian dari mata Syakirah terutamanya. Tahu, bahawa Syakirah memang sudah lama mengimpikan hari ini dalam hidupnya. Tangannya, Aisyah kucup lembut.

            “Ana tahu enti bahagia Syakirah. Selamat menjadi kakak ipar kepada ana. Jaga akhi Usman betul-betul tau. Kalau dia buli enti, report je kat ana. Tahulah ana nak buat apa.” Mereka tergelak sama. Usman tersenyum. Dia lantas memeluk erat tubuh itu. Air mata lelakinya tumpah.

            “Aisyah, terima kasih sebab dah banyak tolong abang, bagi abang semangat dan bagi abang jodoh yang sempurna macam dia. Uhibbuki fillah ya *hanani.” Aisyah tersenyum. Air matanya turut tumpah.

            “Kalau akhi bahagia, Aisyah pun bahagia. Uhibbuka fillah aidhon.” Sebak. Luka. Kenapa aku tak boleh dapatkan kebahagiaan seperti yang mereka dapat? Pelukan dilepaskan. Wajah Usman dipandang dengan penuh kasih sayang.

            “Ish, tak macho lah lelaki menangis!” ujar Aisyah kuat. Usman cepat-cepat mengesat matanya. Semua di situ tergelak. Adam tersenyum hambar melihat gadis yang telah beberapa hari mengelak daripadanya itu sejak kejadian bajunya yang berbau minyak wangi wanita. Entah macam mana lagilah caranya untuk menarik perhatian gadis itu. Sebab dia bukannya pandai memujuk. Macam manalah aku nak jadi macam Usman yang terlalu rapat dengan Aisyah, yang boleh buat dia bahagia dan tersenyum selalu?

*********************

 

“Mayra…” entah keberapa kali Adam memanggil nama itu lembut. Dan Aisyah masih berpura-pura tidak dengar, malah melayan tetamu. Dia tahu perbuatannya itu dosa, tapi hatinya masih sakit. Adam menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aduh, macam mana ni?

            “Mayra, ikut aku kejap.” Kekerasan digunakan. Tangan Aisyah ditarik menuju ke biliknya. Pintu dikunci dari dalam. Aisyah mengeluh lantas melabuhkan punggung di katil miliknya.

            “Abang nak apa? Tak nampak ke Mayra tengah layan tetamu tadi?” soalnya dingin. Adam mendengus lalu melabuhkan punggung di sebelah gadis itu.

            “Tetamu ke aku yang wajib kau layan? Aku tahu kau dengar aku panggil kau banyak kali,” balas Adam. Aisyah mengeluh.

            “Okay, abang nak apa?” Wajah yang masih berpurdah itu menghadap wajah Adam.

            “Sampai bila kau nak merajuk dengan aku, kalau penjelasan apa pun kau tak nak dengar dari mulut aku sendiri?” soal Adam, memohon pengertian Aisyah.

            “Bukan ini ke yang abang nak selama ni? Bukan ke Tengku Adam Iskandar memang akan ceraikan Siti Aisyah…”

            “Syyh…” Purdah tersebut ditarik ke bawah dan bibir Adam melekap ke bibir merah itu. Mata Aisyah terjegil besar. Dia menolak badan Adam dengan kekuatan yang sedia ada.

            “Abang ni dah gila ke hah? Mayra tak akan beri izin pada abang untuk buat apa-apa kat Mayra, kecuali abang memang cintakan Mayra!” Air mata Aisyah mengalir laju lantas dia mengesat bibirnya. Sampainya hati dia! Adam mendakap tubuh yang sedang membelakanginya itu. Dia sendiri pun tidak pasti akan perasaannya.

Setegar Aisyah Humaira [COMPLETED]Where stories live. Discover now