“Assalamualaikum,” ujar Aisyah sedikit kuat lalu masuk ke rumah yang dirinduinya itu. Dia memasuki ruangan ruang tamu lantas melabuhkan punggung di hadapan walidnya yang sedang leka menonton cerita Tanah Kubur di saluran astro Oasis.
“Waalaikummussalam,” ujar tiga beranak itu serentak. Hajah Mardhiah dan Usman datang dari arah dapur, membawakan cucur udang dan minuman ke meja kopi itu. Aisyah menyisip teh itu sedikit sebelum pandangannya difokuskan kepada tiga orang itu.
“Adam tak singgah sekali ke?” soal Haji Shahrum, mematikan televisyen. Aisyah menggeleng. Dah biasa dah kena tinggal macam ni.
“Tak. Dia hantar Aisyah lepas tu buru-buru pergi sebab dia ada urusan dengan kawan katanya.” Haji Shahrum mengangguk.
“ Ummi, walid, akhi, kita ada masalah besar. Bahkan lagi besar dari masalah dunia,” ujar Aisyah, membuatkan mereka terpinga-pinga.
“Apa dia yang besar sangat tu?” soal Usman. Adiknya ini bukan boleh percaya. Kadang-kadang masalah yang kecil pun boleh jadi besar.
“Masalahnya…”
“Oh, ummi tahu. Kamu tengah cari baju pregnant ya? Kamu mengandung kan?” potong Hajah Mardhiah. Haji Shahrum dan Usman tergelak.
“Ish, ummi ni. Ke situ pulak. Belum ada rezekilah ummi,” balas Aisyah sebak. Pregnant apanya, kalau sentuh pun tidak.
“Okay, okay. Apa dia masalahnya?” soal umminya. Aisyah hampir terlupa.
“Masalah yang datang apabila kita lambat pinang Syakirah untuk akhi Usman. Sehinggakan dia hampir terima pinangan dari kawan babanya semalam.” Usman tergelak besar.
“Itu ke masalahnya? Ya Allah. Aisyah, Aisyah ingat jodoh tu Aisyah boleh atur ke? Kalau abang tak ada jodoh dengan dia nak buat macam mana?” balas Usman selamba, dan lega sebenarnya. Dahi Haji Shahrum berkerut memikirkan sesuatu.
“Usman, janji tetap janji. Dan janji ummi dan walid pada Aisyah tetap kena penuhi. Lagipun, kamu tu dah tua, dah 25. Dah patut kahwin pun,” ujar Hajah Mardhiah. Haish, terunanya yang seorang ni. Masih tak serius dengan bab ni. Aisyah tersenyum menang manakala wajah Usman dah mencuka.
“Okaylah, kalau macam tu. Petang ni selepas Asar, kita pergi rumah Syakirah.” Dan ujaran haji Shahrum itu membuatkan ummi tersenyum, Aisyah menjelir lidah kemenangan dan hati Usman membentak geram. It’s really about the time.
********************
Adam berjalan mundar-mandir dalam biliknya. Hatinya rasa tak tenang sedari dia balik selepas keluar dengan Aiman tadi. Wajah diraup kasar sebelum dia menghenyakkan badan atas katil. Ish, kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa sakit? Kenapa aku takut, kalau Aiman betul-betul ambil dia dari aku? Keluhan demi keluhan keluar dari mulutnya.
“Sekejap, macam mana Aiman kenal Aisyah ek? Rasanya Aisyah tak kenal Aiman,” dia berkata sendiri. Persoalan itu membuatkan dia mencapai Iphonenya di meja solek. Lantas nombor telefon Aisyah dicari sebelum butang hijau ditekan.
“Tut…tut…” dia mendengus kasar. Ish, kenapa perempuan ni tak jawab call aku. Sekali lagi dia cuba. Nampaknya kali ini, talian disambungkan. Namun, bunyi bising dari sana membuatkan dahinya berkerut.
“Assalamualaikum, bang. Maaf, Mayra tengah sibuk ni. Tapi, dalam setengah jam lagi Mayra balik.”
“Eh, kau kat mana…” dan panggilan dimatikan. Pelik, apa yang dia tengah buat tu?
YOU ARE READING
Setegar Aisyah Humaira [COMPLETED]
RomanceTengku Adam Iskandar + Siti Aisyah Humaira. Tentang kahwin paksa antara mereka. Cekalnya hati sang isteri melayani suami yang tidak ingin mengakuinya sebagai teman hidup. Si suami pula sibuk menafikan perasaannya. Nak tahu lebih lanjut? Sudi-sudilah...