Aisyah mengemas dapur yang telah digunakan untuk menyediakan sarapan itu. Hidangan char kueh teow goreng telah siap dihidang di atas meja. Dua pinggan yang tersedia di atas meja itu dipandang dengan wajah mengharap. Percubaan kedua untuk tarik Adam bersarapan bersama-sama memandangkan hari ini mereka cuti. Namun, bayang-bayangnya yang masih tidak kelihatan membuatkan Aisyah mengeluh. Mungkin masih tidur. Solat subuh, pun tak tahulah dah dilaksanakan atau belum. Entah bila kekuatan tu ada untuk menegur suaminya sendiri.
“Lapar.” Aisyah tersentak mendengar bunyi kerusi ditarik. Dia tersenyum sebelum berpaling ke belakang dan melihat Adam dengan wajah yang masih tersengguk-sengguk. Alhamdulillah, akhirnya dia sudi nak makan sama!
“Ya Allah, abang ni. Kalau nak makan pun, pergilah cuci muka dulu. Nanti Mayra siapkan pinggan abang.” Adam yang tadi mamai, membuka matanya luas. Eh, dia ke? Lah, aku ingat mama tadi. Bau masakan yang begitu dekat dengannya membuatkan perut makin berbunyi. Mi lebar panjang itu dipandang dengan penuh selera. Sedapnya char kuew teow ni! Tapi… Fasha? Yeah demi Fasha, aku kena kuat untuk mempertahankan cinta ini.
“Emm tak apalah, aku nak mandi dulu. Nak sarapan rumah mama. Kau pun siap-siap lepas makan.” Adam mengangkat punggung lantas berlalu ke biliknya semula. Dan senyuman Aisyah mati.
“Ish, dah tahu lapar pun ego lagi. Hmm, sabarlah Aisyah.” Dia menarik kerusi. Pinggannya diisi dengan char kuew teow itu sedikit. Sekadar nak isi perut meski seleranya mati.
Adam yang berada di bilik, memegang perut. Aduh, laparnya! Tuala dicapai lantas berlalu ke bilik mandi. Sewaktu dia keluar dari tandas itu, dia terdengar bunyi pintu bilik sebelah tertutup. Wah, dia baru nak bersiaplah! Hehe.
Dalam kepantasan Adam mengemaskan penampilan, dia kelam kabut keluar dari biliknya. Lantas berlalu ke dapur dan mencabut tudung saji. Garfu dicapai, lalu menjamah mi tebal itu. Fuh, sedapnya! Mata melilau-lilau sekiranya Aisyah perasan akan perlakuannya. Sedang asyik menyuap mi itu, kedengaran pintu bilik terkatup. Alamak! Punggung diangkat laju. Garfu diletak di dalam sinki dan tudung saji diletakkan kembali di tempat asal. Gugusan kunci dicapai lantas langkahnya laju keluar dari rumah dan menghidupkan enjin kereta. Pedal minyak ditekan-tekan seolah-olah geram kerana sudah menunggu lama.
“Ish, buruk betullah perangai kau ni Adam. Hihi.” Dia tersengih sendiri. Ego oh ego, mengapa kau sukar untuk ditundukkan?
“Abang kejap! Mayra nak bungkus sarapan tadi,” teriak Aisyah dari dalam. Ish, dia ni. Tak boleh tunggu sikit ke. Bekas tupperware diambil lalu membuka tudung saji itu. Eh, kenapa macam terusik je kuew teow ni? Malas berfikir, dia mencedok char kuew teow tersebut ke dalam bekas itu lantas langkahnya diatur keluar menuju ke kereta yang masih menderum-derum itu.
****************
“Assalamualaikum mama, papa!” jerit Adam, melangkah masuk dalam rumah yang dirindui itu. Dia meluru terus ke maja makan melihat hidangan yang ada di meja. Puan Suraya yang baru ingin ke ruang tamu, terhenti lantas tersenyum melihat anaknya. Aisyah pula mencabut purdah lantas menyalami tangan wanita itu
“Sihat mama?” soal Aisyah, tersenyum.
“Alhamdulillah. Kamu berdua?” soalnya semula.
“Sihat ma. Ala, mama buat French toast je ke untuk breakfast pagi ni?” soal Adam kecewa. Baru terbayang nasi lemak dengan sambal sotong. Fuh, melecur air liur.
“Yelah, mama dengan papa je kat rumah ni. Lainlah kalau ada ramai makhluk. Takut membazir je Is. Lagipun mama ingat kamu nak datang lepas zohor,” balas Puan Suraya tersenyum. Huluran daripada Aisyah membuatkan dahinya berkerut.
YOU ARE READING
Setegar Aisyah Humaira [COMPLETED]
RomantizmTengku Adam Iskandar + Siti Aisyah Humaira. Tentang kahwin paksa antara mereka. Cekalnya hati sang isteri melayani suami yang tidak ingin mengakuinya sebagai teman hidup. Si suami pula sibuk menafikan perasaannya. Nak tahu lebih lanjut? Sudi-sudilah...