"Abang, jomlah makan sama. Mayra masak sedap ni," ujarnya suara itu membuatkan dahi Adam berkerut pelik. Eh, rasanya sudah hampir tiga bulan Aisyah jarang mengajaknya makan. Semua dilakukan sendiri-sendiri seolah-olah mereka adalah orang asing dalam rumah itu. Hati Adam merungut. Mungkinkah tuduhan itu semua benar?
"Kau makan jelah, buat apa nak ajak aku?" balasnya kasar dan menyambung tontonan pada televisyen. Aisyah beristighfar perlahan namun masih tersenyum.
"Tanggungjawab. Sebab tanggungjawab Mayra..."
"Oh, aku tahu. Kau sekarang dah jadi kuat semula, sebab kau dah nak melahirkan. So, aku akan ceraikan kau, dan kau bolehlah kahwin dengan Aiman lepas tu. Right?" tutur Adam sinis namun sebenarnya hatinya sendiri sakit. Aisyah tersentak namun perasaannya masih dikawal. Aisyah dapat melebarkan senyum.
"Mayra kuat sebab fitnah itu. Sedangkan dulu, isteri Rasulullah, Sayidatina Aisyah difitnah, tapi masih kuat. Kenapa tak Mayra kan? In shaa Allah, Allah akan tolong Mayra untuk padamkan fitnah tu, dan buka pintu hati abang untuk terima Aisyah," balasnya membuatkan Adam pula tergamam. Namun, hasutan itu membuatkan dia masih ingin membalas.
"Buka pintu hati aku untuk terima kau yang sedang mengandungkan anak Aiman? No way babe. Lagipun dah ada Fasha dalam hati aku," balasnya puas dapat menyakitkan hati isterinya itu. Air mata Aisyah hampir menitis namun dia tahan. Sebab dia ingin setegar dan setabah Sayidatina Aisyah Humaira binti Abu Bakar as-Siddiq r.a.
"Apa pun tuduhan yang abang lemparkan pada diri Mayra, Mayra terima meski semua tu tak betul. Cuma satu yang abang kena ingat, Mayra takkan pernah berhenti mencintai abang dan anak ni menjadi saksi cinta kita." Pantas Aisyah berlalu ke dapur dengan air mata yang bercucuran di pipi. Memang, memang dia nampak kuat, namun hatinya lemah, futur. Ya Allah, ya Aziz yang maha perkasa, berikan aku kekuatan.
Adam tersentak mendengar ujaran itu. Hatinya turut sebak. Namun dia masih ego. Sedikit sebanyak dia berasa pelik melihat Aisyah yang masih kuat dan bertahan dengan mulutnya yang kasar. Dia mengeluh. Siapa yang patut aku percaya?
**************
Fasha tersenyum sinis. Hari ini dia akan melaksanakan misinya. Akhirnya masa yang ditunggu pun tiba. Sam menggeleng lemah. Dia dah tak sanggup namun mungkin ini untuk kali yang terakhir. Fasha membuka pintu kereta itu lalu melangkah ke arah rumah yang tersergam indah itu. Dia tersenyum menggeleng.
"Besarnya rumah you Is. Mesti seronok ya perempuan tu duduk dalam rumah ni?"
"Tak apa Fasha, sikit masa lagi kau pulak akan duduk dalam rumah ini," tekadnya. Loceng rumah itu ditekan.
Aisyah yang sedang duduk di ruang tamu selepas menunaikan solat Zohor, tersentak. Siapa pula yang datang? Tak pernah-pernah ada yang datang masa macam ni. Dengan perlahan, dia bangkit dari sofa itu dan melangkah penuh berhati-hati ke pintu setelah menyarung tudung. Matanya menjengah keluar setelah membuka pintu. Perempuan. Siapa ya? Dia menekan remote membuka pagar itu.
"Lembap betullah," rungut Fasha lalu melangkah masuk ke dalam halaman rumah itu. Dia pura-pura tersenyum manis ke arah gadis itu. Perut wanita itu dipandang dengan penuh kejengkelan.
"Hai Aisyah," sapanya. Aisyah berasa pelik. Siapa ni?
"Assalamualaikum saudari. Awak siapa ya?' soalnya sopan, menghulurkan tangan. Fasha mencebik. Bersalam-salaman pula. Namun, tangannya turut menyambut huluran itu.
"Waalaikummussalam. Saya Fasha, bakal isteri Tengku Adam," jawabnya sarkastik, membuatkan Aisyah tersentak. Fa...Fasha?
"Apa tujuan..."
YOU ARE READING
Setegar Aisyah Humaira [COMPLETED]
Storie d'amoreTengku Adam Iskandar + Siti Aisyah Humaira. Tentang kahwin paksa antara mereka. Cekalnya hati sang isteri melayani suami yang tidak ingin mengakuinya sebagai teman hidup. Si suami pula sibuk menafikan perasaannya. Nak tahu lebih lanjut? Sudi-sudilah...