Adam menggaru kepalanya yang tidak gatal. Senyuman masih tersungging di bibir. Ah, keliru sungguh! Kenapa aku rasa bahagia ni? Kata-kata Aisyah masih terngiang-ngiang di telinganya.
“Sebab… Mayra cintakan abang.”
Setelah hampir sepuluh bulan, itulah kata-kata Aisyah yang paling membuatkan dia terpana dan terdiam sendiri. Kalau tidak ada sahaja yang dia bidas. Mereka kekal dalam posisi tersebut sehinggalah Aisyah mengambil keputusan untuk merungkaikan pelukan dan berlari masuk ke bilik dengan majah memerah menahan malu. Adam pula hanya melabuhkan punggung dengan perasaan yang bercampur baur antara bahagia, keliru dan lega serta melupakan terus hal Aiman.
Dan dia tersengih lagi dan lagi. Waduh, parah ni! Dah jatuh cinta ke aku? Ah, mustahil! Mana aku nak letak Fasha? Tapi, kenapa ya? Dia cuba fokus pada tulisan Times New Roman font 12 di atas kertas putih itu. Wajah Aisyah pula yang dia nampak. Hah, sudah. Kenapa dengan aku ni? Punggung diangkat. Dia mendekati cermin tingkap itu dan memerhati kawasan Johor Bahru yang sesak dengan kenderaan. Maklumlah tengah rehat. Adam, kau cintakan dia ke? Soalnya pada encik hati.
“Is sayang, you mengelamun apa tu? I ya?” soal satu suara yang terasa dekat di telinganya sekaligus mematikan lamunannya. Badannya dipusingkan ke belakang. Fasha. Entah kenapa, rasa ketidakselasaan mula timbul dalam hatinya.
“Fasha. You nak apa ni? Tak ketuk pintu dulu pun,” balas Adam, sekadar tersenyum tawar. Fasha tersenyum manis lantas merangkul tubuh itu. Mata Adam terjegil.
“I rindu youlah. You ni, mentang-mentang I baru pergi Korea seminggu, you dah sombong eh?” ujar Fasha sambil memegang leher Adam erat dan melihat jauh ke dalam mata itu. Adam cuba merungkaikan tangan Fasha.
“No. Tak adalah. Cuma, I busy sikit.” Nafasnya teratur semula setelah lepas dari pelukan gadis itu. Bau minyak wangi yang sangat kuat itu hampir membuatkan dia terasa loya.
“So, jom lunch! You ni, janganlah busykan otak you tu sangat. Rest lah sikit.” Fasha melabuhkan punggung di hadapan Adam. Kakina disilangkan, menggoda.
“I… tak ada seleralah. You pergilah makan.” Adam berpura-pura focus pada fail tebal di hadapannya. Wajah Aisyah muncul lagi. Dan kali ini, perasaan bersalahnya datang. Dia tak sepatutnya melakukan ini. Ini dosa, kerana dia berstatus suami orang. Fasha mendengus kasar, lantas mengangkat punggung.
“You ni kan, memang betul-betul dah kena guna-guna oleh isteri you yang bajet alim tu. I tak fahamlah. Kenapalah you mudah tunduk pada perempuan macam tu hah? Sampaikan I pun you dah ketepikan? You dah janji dengan I kan yang you nak ceraikan dia. Where is it? Where are you promise?!” ujar Fasha sedikit lantang, tidak berpuas hati. Adam meraup wajahnya. Kusut. Buntu. Janji memang sudah ditabur, namun dia yang tidak sanggup untuk melakukannya.
“Okay Fasha. I betul-betul minta maaf. I tak ada niat pun okay untuk ketepikan you kea pa ke. And about that promise, I will never break it. Promise is promise. Just a little bit time. Just wait, okay? Be patience,” balas Adam sekadar untuk menyedapkan hati Fasha. Dan sejujurnya, dia memang benar-benar tak sanggup. Fasha tersenyum kemenangan. Dia berpuas hati. Kalau kau tak kotakan janji kau tu Adam, tahulah aku nak buat apa dengan perempuan tu.
****************
Aisyah mengemas meja makan itu. Ikan patin masak gulai tempoyak dan sayur kailan goreng belacan. Dua pinggan tersedia seperti selalu. Meskipun Adam tak pernah nak makan dengannya, tapi dia tak akan pernah berputus asa. Tanggungjawab tetap akan dilaksanakan, kerana memang itulah tugas seorang isteri. Jag kecil diambil. Tiga susu gula serta cordial perasa oren dimasukkan. Air panas dimasukkan sedikit lantas sudu dicapai dan dikacau perlahan. Kemudian sebotol air kosong sejuk dikeluarkan dari peti ais lalu diisi ke dalam jag tadi. Dua gelas diletak bersebelahan pinggan.
YOU ARE READING
Setegar Aisyah Humaira [COMPLETED]
RomanceTengku Adam Iskandar + Siti Aisyah Humaira. Tentang kahwin paksa antara mereka. Cekalnya hati sang isteri melayani suami yang tidak ingin mengakuinya sebagai teman hidup. Si suami pula sibuk menafikan perasaannya. Nak tahu lebih lanjut? Sudi-sudilah...